ads

Sabtu, 4 Januari 2014

13 di dungun - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Banjir <b>di Dungun</b> beransur pulih, Kemaman meningkat

Posted: 08 Dec 2013 09:16 PM PST

KUALA TERENGGANU:  Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 22,617 malam tadi berbanding 23,102 orang petang semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MSN) di Kemaman mangsa banjir meningkat kepada 19,869 orang (4,901 keluarga) malam tadi berbanding 19,287 orang (4,723 keluarga) petang semalam.

Bagaimanapun, keadaan banjir di Dungun semakin pulih dan ramai mangsa yang berada di pusat pemindahan telah dibenarkan pulang semalam

Sehingga pukul 9 malam tadi, angka mangsa perpindahan di daerah berkenaan adalah seramai 2,719 orang (672 keluarga) berbanding 3,754 orang (936 keluarga) petang semalam.

Di Kuala Terengganu, mangsa masih kekal 6 orang (satu keluarga) dan daerah Marang 23 orang (8 keluarga).

Sementara, di Hulu Terengganu keadaan banjir semakin pulih apabila 19 orang mangsa (4 keluarga) di Dewan Sivik Batu 24 Bukit Tok Bat dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu berada di bawah paras bahaya malam tadi. - Bernama

Polis Cari 5 Lelaki Samun dan Rogol Dua Wanita <b>di Dungun</b> – Titik <b>...</b>

Posted: 15 Dec 2013 09:19 PM PST

[HM] Kuala Terengganu: Samun dan rogol. Itu kejadian malang menimpa dua wanita apabila bukan saja disamun malah dilarikan sebelum dirogol dalam kejadian di sebuah inap desa di Jalan Kenanga, Dungun, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika kedua-dua mangsa berusia 20-an bersama tiga rakan lelaki berusia 20-an dalam perjalanan pulang ke rumah.

Beliau berkata, sebaik tiba di kawasan Bukit Chantak, Dungun, kereta Proton Satria dinaiki mereka dihimpit dua kereta Honda dengan nombor pendaftaran WWW1861 dan sebuah lagi yang tidak dapat dikesan nombor pendaftarannya sebelum suspek mengarahkan mangsa memberhentikan kenderaan dengan memperkenalkan diri sebagai polis.

"Suspek kemudian mengarahkan mangsa mengikuti arahan mereka dengan seorang daripada mereka memandu kereta mangsa sebelum merampas lima telefon bimbit milik mangsa lalu beredar meninggalkan lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di Kampung Durian Mentagau, Dungun kira-kira jam 4.15 pagi, suspek yang memandu kereta Proton Satria milik mangsa melanggar pula sebuah kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun bersama abang dan kakak iparnya.

"Sebaik melanggar kenderaan itu, suspek turut melarikan wanita di dalam Perodua Kancil itu sebelum meninggalkan wanita itu kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian kedua. "Namun, suspek sempat menyamun sebuah telefon bimbit milik mangsa," katanya. dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.

Manoharan berkata, suspek sekali lagi memberhentikan kenderaan dan meninggalkan tiga lelaki bersama Proton Satria kira-kira empat kilometer dari lokasi mereka meninggalkan seorang wanita sebelum itu dan beredar bersama dua mangsa wanita yang dilarikan dalam kejadian pertama.

Katanya, kedua-dua wanita itu kemudiannya dirogol suspek utama berusia 31 tahun di sebuah inap desa sebelum mereka dirogol oleh dua lagi suspek yang tiba di inap desa beberapa jam kemudian.

"Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam), dua mangsa berjaya melarikan diri ketika suspek berada di kawasan Kampung Durian Mentagau dipercayai untuk menukar nombor pendaftaran kereta bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Susulan maklumat daripada dua mangsa masing-masing bekerja sebagai pelayan dan pekerja di sebuah kedai telefon bimbit, gerakan mengesan kesemua suspek dijalankan sekali gus membawa kepada penahanan dua suspek termasuk suspek utama dan seorang warga Indonesia berusia 30-an di sebuah rumah di Kampung Gong Pasir, di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi (semalam).

"Hasil siasatan awal mendapati dua suspek yang ditahan ini turut merogol kedua-dua mangsa. Siasatan mendapati suspek utama turut mempunyai rekod jenayah membabitkan samun bersenjata sebelum ini," katanya sambil memaklumkan polis turut menemui sebuah kereta Honda dengan nombor pendaftaran WWW1861 di rumah berkenaan.

Manoharan berkata, kumpulan itu dikesan mula bertapak di Dungun dan Kemaman dengan menyasarkan lelaki dan wanita sebelum mangsa disamun dan dirogol. Katanya, selepas kejadian pertama dan kedua, suspek turut mengulangi jenayah sama apabila cuba melanggar sebuah kereta Honda Civic dinaiki pasangan suami isteri yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu. di lampu isyarat Bukit Teruna, Kijal kira-kira jam 1.55 pagi semalam.

"Namun, mangsa yang curiga dengan keadaan itu tidak memberhentikan keretanya sebelum melarikan diri," katanya.

Menurut Manoharan, pihaknya kini sedang memburu lima lagi suspek dengan identiti empat daripadanya sudah pun dikenal pasti. dan percaya pihaknya dapat menahan kesemua suspek dalam masa terdekat. Sehubungan itu, katanya, polis mengesan tiga lelaki dikenali sebagai Wan Zazaliala Wan Hussin atau Zaza, 32, (bekas polis) dari Kampung Baru Pasir Akar, Jertih, Besut; Mohd Nuzul Mohamad atau Nuzul, 27, dari Kampung Baru Kiri, Kemasik, Kemaman dan Nazlie Ali atau Naza, 26, Kampung Padang Merchang, Kuala Terengganu. – 3/12/13

 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved