Jumaat, 24 Januari 2014

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


budak perempuan 2 tahun ditemui mati dibunuh <b>di dungun</b>

Posted: 21 Jan 2014 08:02 PM PST

Budak Perempuan 2 Tahun Ditemui Mati Dibunuh Di Dungun

Misteri bau busuk yang dipercayai dari sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Dungun Terengganu, membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan dua tahun

Menurut laporan awal mangsa disyaki dibunuh berikutan keadaan mayat mangsa dipenuhi darah dan separuh bogel dengan pakaiannya tersingkap hingga ke paras dada

Dalam laporan media pada Rabu, mayat mangsa ditemui jam 3.20 petang Selasa oleh seorang pengawal keselamatan yang membuat pemeriksaan selepas terhidu bau busuk dari rumah itu

budak perempuan umur 2 hingga 5 tahun mati dibunuh 1 budak perempuan 2 tahun ditemui mati dibunuh di dungun

BUDAK PEREMPUAN 2 TAHUN DITEMUI MATI DIBUNUH DI DUNGUN

gambar nursyafiqah abdullah budak umur 2 tahun mati diibunuh budak perempuan 2 tahun ditemui mati dibunuh di dungun

Dikemaskini identiti mangsa : Nursyafiqah Abdullah, umur 2 tahun

Pengawal keselamatan itu yang memasuki rumah berkenaan kemudian terkejut menemui mayat kanak-kanak dalam keadaan menyedihkan berhampiran tandas rumah kosong terbabit

Susulan daripada penemuan tersebut, pengawal keselamatan itu kemudian melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis

Tambah laporan lagi, berdasarkan keadaan mayat yang sudah kembung dan berbau busuk, mangsa dipercayai mati antara dua hingga tiga hari lalu dan polis turut mengambil kira kemungkinan mangsa dibunuh

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakob mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan

Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

update budak perempuan 2 tahun ditemui mati dibunuh di dungunNursyafiqah sebelum ini dilaporkan hilang  sejak 17 Januari lalu, menurut laporan Astro Awani, Ibu mangsa iaitu Rabiatul Adawiyah Mamat berusia 28 tahun dikatakan meninggalkan anaknya di dalam sebuah kereta yang tidak berkunci di depan sebuah kedai makan di Kuala Paka untuk menemui seorang rakan

Bagaimana pun, selepas kembali ke keretanya, beliau yang bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan di bandar Paka mendapati anaknya telah hilang

Video laporan berkaitan kematian Nursyafiqah Abdullah

Informasi ini disiarkan pada 22.1.2014, Rabu

KERENGGA: Kanak-Kanak Perempuan Dibunuh Kejam <b>Di Dungun</b> <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2014 01:30 AM PST

DUNGUN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, di sini hari ini.

Mayat kanak-kanak separuh bogel itu ditemui seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan perumahan itu kira-kira 3.30 petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata ketika tiba di kawasan itu, pengawal keselamatan berusia 31 tahun itu terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka dan terhidu bau busuk.

Katanya curiga dengan bau itu, dia bertindak masuk ke dalam rumah berkenaan dan menemui mayat kanak-kanak itu di dalam bilik air rumah tersebut.

"Ketika ditemui, mayat dalam keadaan terbaring di lantai bilik air manakala masih terlekat kesan darah dan pakaian yang dipakai terangkat ke bahagian atas. Kita masih mengesan identiti mayat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya mangsa dipercayai sudah mati lebih dari 24 jam berdasarkan keadaan mayat yang telah kembung dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.


-Bernama-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads