ads

Jumaat, 27 Disember 2013

13 di pulau redang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


QasehDalia: <b>Pulau</b>-<b>Pulau</b> Menarik <b>di</b> Terengganu

Posted: 26 Dec 2013 02:34 AM PST

PULAU REDANG 

Pulau yang terpanjang di antara sembilan pulau di sepanjang Laut China Selatan yang terletak di luar pantai Kuala Terengganu 
Pulau Redang mempunyai air laut yang jernih dan banyak kawasan menyelam untuk para pelancong , perairan yang kaya dengan hidupan laut lebih-lebih lagi bila waktu tengahari pelancong akan dapat melihat batu-batu karang dan ikan dengan jelas , di perairan Pulau Redang juga terdapat dua bangkai kapal bersejarah yang tenggelam di sini pada permulaan perang Dunia ke dua , tiada penangkapan ikan dibenarkan kerana PULAU REDANG telah di wartakan sebagai taman laut 
  • Go snorkelling at the Marine Park 
  • Explore the 31 dive sites on the island 
  • Take a walk along the breathtaking Long Beach 
  • Play Volleyball
  • Enjoy a jungle walk to see monkeys , squirrels and birds 
PULAU PERHENTIAN BESAR DAN PULAU PERHENTIAN KECIL

Pulau Perhentian Kecil lebih sesuai untuk backpackers kerana mempunyai pelbagai pilihan dan kemudahan bajet 
Pulau Perhentian Besar pula lebih maju dan menawarkan kemudahan yang lebih baik , tapi kedua-dua Pulau ini terdapat chalet , asrama dan tapak perkhemahan 
Jeti untuk ke pulau ni hanya 15 minit je dari rumah qaseh , dari jeti ke pulau ni dalam 45 minit , tapi qaseh masih belum sempat pergi , teringin sangat , in shaa Allah suatu hari nanti , antara pulau kecil ke pulau besar kira-kira dalam 10 minit dengan menggunakan bot . Orang kata tempat ni cantik sgt dengan air laut yang sangat jernih dan pasir yg memutih .. perghhh 
  • Try island-hopping
  • Go diving at Tokong Laut to see bamboo sharks 
  • Go on banana boat ride or try canoieng 
  • Enjoy the sun and sea breeza 
kat sini terdapat kira-kira dalam 15 tapak menyelam di sekitar Lang Tengah , lebih kurang 10 minit perjalanan antara satu-satu tapak
Pulau ni memang ramai yang tak tahu sebenarnya , salah satu tempat rahsia yang terletak di Lang Tengah kerana tempat ni lebih terpencil dari Pulau Redang dan Pulau Perhentian , tapi Pulau ni sememangnya indah , perairan yang memukau mata dan suasana yang sangat aman , di sini hanya terdapat 3 pusat peranginan , ia sememangnya memberi pelancong ketenangan dan lebih privacy,untuk ke pulau ini boleh naik jetty di Jeti Merang 
Salah satu perairan yang paling dalam di pantai timur 
Kira-kira sejam perjalanan dengan bot laju dari Kuala Dungun jeti, pulau ini adalah salah satu perairan paling dalam di pantai timur dan ia adalah syurga bagi penyelam. Hidupan laut seperti belut , ketam , penyu dan jerung bayi pasti akan memukau penyelam. Resorts disediakan untuk memenuhi keperluan pelancong, hanya 45 minit dari jeti pantai di Kuala Dungun.
PULAU KAPAS DAN PULAU GEMIA 
Pulau  Kapas terletak jauh di luar pantai terengganu, syurga kecil tropika pulau ini adalah rumah kepada pelbagai batu karang jenis keras dan juga lembut , pulau ini dikenali sebagai tempat untuk memancing sotong pada masa-masa tertentu dalam setahun
Pulau Gemia ialah pulau milik persendirian , tempat percutian yang aman dan sedikit privacy , banyak juga aktiviti yang terdapat di sini contoh nya , jungle trekking , permainan pantai , scuba diving , snorkelling dan banyak lagi ~

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved