ads

Khamis, 5 Disember 2013

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Pakej Murah Percutian <b>Perhentian</b> 2014 - Pakej Snorkeling <b>Di Pulau</b> <b>...</b>

Posted: 29 Oct 2013 03:14 AM PDT

Pakej murah percutian Perhentian 2014, pakej 3 hari 2 malam Free & Easy.  Ramai yang masih tidak tahu perbezaan diantara pakej Free & Easy dengan pakej Snorkeling.  Pakej Free & Easy merupakan pakej yang tidak disertakan dengan apa-apa aktiviti.  Ia hanya termasuk penginapan selama 2 malam di Ombak Resort Pulau Perhentian Kecil, bilik kipas atau berhawa dingin, bilik dilengkapi bilik air, pemanas air dan bekalan elektrik 24 jam, 2x sarapan pagi, 1x makan malam dan 1x makan malam BBQ di Ombak Cafe Pulau Perhentian Kecil.  
Manakala pakej Snorkeling termasuk penginapan selama 2 malam di Ombak Resort Pulau Perhentian Kecil, bilik kipas atau berhawa dingin, bilik dilengkapi bilik air, pemanas air dan bekalan elektrik 24 jam, 2x sarapan pagi, 1x makan malam dan 1x makan malam BBQ, 1x snorkeling trip ke 5 tapak snorkeling yang terbaik disekitar Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar yang bermula jam 10 pagi sehingga jam 5 petang beserta kelengkapan snorkeling seperti snorkel, fin dan jaket keselamatan.
Pakej murah percutian 3 hari 2 malam Free & Easy Pulau Perhentian ini sesuai bagi mereka yang ingin mempunyai masa yang lebih untuk berehat, bersantai atau merancang aktiviti sendiri bagi mengisi masa lapang seperti mendaki ke Kincir Angin (D'Lagoon), trekking ke Kampung Nelayan, berkayak dari satu pantai ke pantai yang lain disekeliling Pulau Perhentian Kecil seperti Romantic Beach, bersiar-siar ke sekitar Pulau Perhentian dengan menaiki water taxi dengan kadar bayaran yang berpatutan, berenang di Long Beach, mencuba pelbagai menu makanan atau minuman yang menyegarkan atau hanya bersantai di pantai yang putih bersih sambil membaca novel kegemaran anda sambil mencuci mata melihat pelancong asing :)
Hubungi kami di 019 977 8222 (Dyana) atau 016 900 1228 (EnShahdi) bagi pertanyaan lanjut atau untuk membuat tempahan.  Bagi yang belum pernah ke Pulau Perhentian, adalah penting untuk anda tahu bahawa kekosongan adalah terhad. Lebih baik bagi anda untuk merancang percutian anda lebih awal dan membuat tempahan awal bagi mengelak kekecewaan. Jumpa anda di Pulau Perhentian!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved