ads

Ahad, 8 Disember 2013

13 di jerteh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


Breakfast <b>Di</b> Kedai Makan Kak Mah R&R Bukit Yong <b>Jerteh</b> | Syira

Posted: 26 Nov 2013 01:33 AM PST

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..




Oleh kerana waktu tengahhari belum sampai, keadaan agak lengang. Ini baru besh, nak makan pun tak lah kalut-kalut dengan orang ramai.


Inilah antara lauk pauk yang ada. Ikan keli goreng garing pastinya pilihan yang tidak akan disingkirkan. Harus cuba .
Niat di hati mahu makan siput sedut gulai batang keladi, sayangnya tuan kedai tu cakap pukul 1.00 tengahhari baru ada. Kecewa sungguh. Oleh kerana lapar kami makan juga. Beliau tawarkan ikan patin gulai. Hehe, syira menolak dengan baik sebab syira tak makan ikan patin. huhu.

Ikan keli goreng garing yang wajib di makan. Ke mana-mana sahaja ikan keli goreng memang menjadi idaman. Sukarnya untuk mendapatkannya di pasar basah, kalau nak makan juga, kena makan di kedailah nampaknya. hehe

Walaupun tanpa siput sedut, kami tetap makan. Lagipun perut sudah berbunyi. Sepanjang kami makan di sana, kebanyakkan pelanggan yang datang semuanya bertanya tentang siput sedut, bila cakap siput sedut tiada, semuanya pulang tanpa makan. Hanya kami sahaja yang tegar, makan juga. hehe

Menu pilihan kami ketika makan di Kedai Makan Kak Mah R&R Bukit Yong Jerteh ialah, satu milo ais, satu teh ais, dua nasi putih, dua ekor ikan keli, 1 mangkuk sup daging @ 4 ketul daging, set ikan bakar tawar bersama ulam dan budu dan total semuanya ialah RM21.00. Percaya tak, semasa akak tu cakap RM21.00 syira dan suami terkejut. haha.

Pelik juga sebab ada blogger cakap, beliau, suami dan anak-anak makan siap bertambah , siap packing bawa balik rumah lagi baru kena RM30.00. Haha. Adakah mereka telah mencekik darahku... Kih Kih Kih..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved