Isnin, 16 Disember 2013

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Mangsa <b>di</b> Terengganu menurun, <b>Kuala Terengganu</b> pula alami banjir

Posted: 06 Dec 2013 10:44 PM PST

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Chek melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan di Kemaman.

Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Terengganu menurun kepada 6,758 orang pagi ini berbanding 7,167 orang malam tadi manakala Kuala Terengganu pula menjadi daerah terbaru dilanda banjir.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, sebuah keluarga mengandungi enam orang dari Kuala Terengganu dipindahkan 9.30 malam tadi di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Felda Belara, setelah kawasan rumah mereka dinaiki air.

Bagaimanapun mangsa di Kemaman pula masih kekal 2,450 orang daripada 595 keluarga.

Mangsa di daerah Hulu Terengganu dan Marang juga kekal seperti semalam iaitu 157 (39 keluarga) di Hulu Terengganu dan 44 (15 keluarga) di Marang.

Sehingga kini, sebanyak 1,650 keluarga dipindahkan ke 67 pusat pemindahan. – BERNAMA

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads