Rabu, 11 Disember 2013

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Empat Maut Dalam Nahas <b>Di Hulu Terengganu</b> | Terengganu Today

Posted: 05 Oct 2013 06:15 PM PDT

Empat orang termasuk sepasang suami isteri maut dalam nahas membabitkan dua buah kereta di Kampung Baru Ajil, Bukit Apit, hari ini.

Kejadian 4.49 petang di Km 2 Jalan Pengkalan Berangan-Marang itu menyebabkan Abdullah Mamat, 54, yang memandu Proton Saga dan isterinya Che Mah Awang, 44, serta pemandu Proton Wira, Jusoh Ibrahim, 39, maut di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang juga kakak angkat Che Mah, Mek Kenanga Bakar, 50, meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian di Hospital Hulu Terengganu, kata Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Supritendan Ismail Muslim ketika dihubungi Bernama.

Dua lagi yang maut ialah Jusoh Ibrahim dan Mek Kenanga Bakar. Mek Kenanga merupakan kakak angkat Che Mah.

Dua lagi yang maut ialah Jusoh Ibrahim dan Mek Kenanga Bakar. Mek Kenanga merupakan kakak angkat Che Mah.

Katanya nahas berlaku apabila kereta Proton Wira yang menghala ke Kuala Berang itu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Saga terbabit.

Sementara itu anak Mek Kenanga, Raja Mohamad Tarmizam Raja Muda, 18, berkata kejadian berlaku ketika ibunya dalam perjalanan melawatnya di Kem Program Latihan Khidmat Negara Cador, Marang.

"Saya tunggu mereka sampai pukul 6.30 petang namun ibu dan pakcik tidak juga tiba, sebelum saya dimaklumkan mengenai berita kemalangan itu," katanya ketika ditemui pemberita di hospital berkenaan.

"Semalam saya telefon mak minta dia datang namun mak cakap tak nak datang tapi saya tetap pujuk suruh dia datang," kata anak ketujuh daripada lapan beradik itu lagi.

Sementara itu isteri Jusoh, Siti Zabedah Muda, 38, berkata suaminya bekerja di Marang dan berulang-alik setiap hari ke Ajil.

"Saya bercadang berhenti kerja hujung bulan ini untuk mengikut arwah di Marang, tapi sudah takdir ini berlaku," katanya.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Mangsa <b>di</b> Terengganu menurun, <b>Kuala Terengganu</b> pula alami banjir

Posted: 06 Dec 2013 10:44 PM PST

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Chek melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan di Kemaman.

Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Terengganu menurun kepada 6,758 orang pagi ini berbanding 7,167 orang malam tadi manakala Kuala Terengganu pula menjadi daerah terbaru dilanda banjir.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, sebuah keluarga mengandungi enam orang dari Kuala Terengganu dipindahkan 9.30 malam tadi di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Felda Belara, setelah kawasan rumah mereka dinaiki air.

Bagaimanapun mangsa di Kemaman pula masih kekal 2,450 orang daripada 595 keluarga.

Mangsa di daerah Hulu Terengganu dan Marang juga kekal seperti semalam iaitu 157 (39 keluarga) di Hulu Terengganu dan 44 (15 keluarga) di Marang.

Sehingga kini, sebanyak 1,650 keluarga dipindahkan ke 67 pusat pemindahan. – BERNAMA

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads