ads

Selasa, 24 Disember 2013

13 di bukit besi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Bicara Mak Dara: FILEM <b>BUKIT BESI</b> - FILEM KENEGARAAN

Posted: 28 Nov 2013 06:08 PM PST

Assalammualaikum.. Haaa Mak Dara nak kongsikan dengan anda semua tentang projek skrip terbaru yang sedang Mak dara tulis sekarang. Pada tika dan saat ini Mak Dara dan juga adik Mak Dara Adza Emie sedang membantu somi Mak Martias Ali menyiapkan sebuah skrip filem bertajuk BUKIT BESI .

Bukit Besi ialah sebuah bandar kecil dalam daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Ia mendapat nama dari aktiviti perlombongan bijih besi di situ. Ia dikenali juga sebagai 'Bukit Batu Besi'.Bukit Besi dahulunya merupakan tempat perlombongan bijih besi dalam daerah Dungun. Ia telah dilombong oleh syarikat dari Jepun sebelum 1939 lagi. Lombong ini telah ditutup berikutan bijih besi di sini telah habis dilombong oleh syarikat Jepun suatu ketika dahulu.Syarikat Jepun itu ialah Nippon Mining Company (Nippon Kogyo). Jeneral Jepun tidak dapat mengawal buruh lombong khususnya pelombong Cina. Ketika itu terdapat juga lombong manganese di Gual perio dan Temangan di Kelantan. Pengeluaran bijih besi berjumlah 1962,000 tan pada 1940. Semasa penjajahan Jepun, operasi lombong ini masih berjalan. Ia dipantau oleh seorang perisik Jepun bernama Kosaki Ishigai. Maklumat-maklumat rahsia tentang potensi ekonomi yang diberikan inilah maka Jepun menyerang Tanah Melayu melalui Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Fuhhhh memang agak sukar juga untuk menyiapkan skrip filem yang berpandukan pada sejarahni. Banyak research yang harus kami lakukan.. Kena ada mengenai orang melayu, orang cina dan india, orang british dan juga komunis.. Dan harus menjaga sensitiviti semasa proses penulisan ni.
Ok kitaorang nak sambung menulis skrip filem ni dan perlu dihantar ke FINAS pada tengah hari nanti. Doakan agar dipermudahkan dan semoga mendapat kelulusan dari pihak FINAS ya.. Kalau tak lulus.. tak dapatlah karya kami ini ditayangkan di layar perak nanti huuhu.. doa doakan ye.. tenkiuuu semuaaa...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved