ads

Jumaat, 8 November 2013

13 di seberang takir - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


258 Terima Rawatan <b>Di</b> Pusat Rehabilitasi 1Malaysia <b>Seberang Takir</b>

Posted: 04 Oct 2013 12:00 PM PDT

Seramai 258 pesakit kronik terutama berkaitan saraf menerima rawatan di Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Seberang Takir, sejak pusat itu beroperasi Mei lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir,  Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata lebih membanggakan apabila 12 pesakit berjaya pulih sepenuhnya.

"Antara aktiviti yang dijalankan di sini ialah penilaian dan rawatan kepada pesakit, memberi pendidikan kepada pesakit mengenai penjagaan rutin harian di rumah, memberi pendidikan kepada penjaga mereka serta memantau keberkesanan rawatan kepada pesakit.


"Kami juga menyediakan kemudahan pengangkutan secara percuma untuk menghantar dan mengambil pesakit dari rumah mereka ke pusat ini kerana ramai antara mereka yang tidak mempunyai kenderaan," katanya kepada pemberita selepas lawatan rutin ke pusat itu di Telaga Daing, kelmarin.

Pusat Rehabilitasi bernilai RM1 juta itu merupakan yang pertama di Semenanjung dan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mei.

Ahmad Razif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air negeri berkata kebanyakan pesakit yang berkunjung ke pusat itu terdiri daripada penghidap angin ahmar, jantung, buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

"Pusat ini juga bakal mendapat peralatan baharu bernilai RM60,000 khusus untuk memberi rawatan kepada kanak-kanak pendidikan khas.

"Selain mendapat geran RM100,000 setahun, Pusat Rehabilitasi ini juga mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM398,000 daripada perdana menteri untuk penyediaan rawatan kepada pesakit kanak-kanak," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved