13 di marang - Google Blog Search |
KELAB GREENBOC: Ada "Gergasi" <b>Di Marang</b>, Tapak Kakinya <b>...</b> Posted: 01 Nov 2013 09:00 PM PDT Misteri tapak kaki gergasi MARANG - Penemuan kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk luar biasa dalam kebun kelapa sawit di kawasan hutan Bukit Mak Ra di Pengkalan Berangan, di sini, menggemparkan penduduk setempat, selain menimbulkan pelbagai andaian. Wakil penduduk, Mat Adam Mat Amin, 60, mendakwa, beberapa kesan tapak kaki ganjil itu ditemui anak sepupunya di sekitar kawasan kebun kelapa sawit milik keluarga mereka di kawasan hutan berkenaan sejak seminggu lalu. Katanya, selepas diberitahu mengenainya, dia bersama beberapa penduduk kampung terus ke kebun berkenaan lalu menemui beberapa kesan tapak kaki ganjil. "Kesan tapak itu seperti tapak kaki manusia gergasi dan mempunyai dua saiz. Tapak kaki bersaiz besar kira-kira 40 sentimeter panjang dan 20 sentimeter lebar manakala yang bersaiz kecil 30 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar," katanya kepada Sinar Harian. Mat Adam yang lebih dikenali sebagai Pak Rani berkata, mereka percaya dua saiz tapak kaki berbeza itu adalah milik makhluk hidup berkaki dua yang mempunyai ketinggian dan berat luar biasa berbanding manusia normal. "Berdasarkan kedalaman tapak kaki berkenaan, makhluk hidup berkaki dua itu mungkin mempunyai berat melebihi 300 kilogram bagi tapak kaki besar, dan berat sekitar 200 kilogram bagi tapak kaki yang kecil," katanya. Tinjauan Sinar Harian bersama Pak Rani dan beberapa penduduk di kawasan kebun kelapa sawit itu mendapati beberapa kesan tapak kaki masih jelas kelihatan walaupun sedikit berubah kerana faktor hujan dan sebagainya. Bagaimanapun kata Pak Rani yang diberi tanggungjawab menjaga kebun berkenaan, sehingga kini belum ada penduduk terserempak dengan makhluk ganjil termasuk spesies binatang buas di kawasan hutan tersebut. Penemuan bukan kali pertama Sementara itu, rakannya, Daud Ali, 50, mendakwa, kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk seperti kaki manusia sudah ditemui sejak 17 tahun lalu iaitu pada 1996 di kawasan hutan Bukit Temiang dan pada 1997 di Bukit Jejulung. "Malah ada juga pihak pernah melihat kelibat 'makhluk gergasi' yang dipercayai ada hubung kait dengan penemuan kesan tapak kaki tersebut di jambatan Kampung Bukit Jetit apabila makhluk setinggi tiang api (elektrik) itu melintas jalan," katanya. Bagi Daud, penemuan kesan tapak kaki tersebut mungkin ada persamaan dengan misteri kewujudan 'big foot' iaitu makhluk yang dikatakan mempunyai bulu di seluruh badannya. "Namun, sehingga kini masih tiada penemuan sebenar tentang makhluk itu menyebabkan andaian mengenai tapak kaki tersebut adalah tapak kaki 'big foot' terus menjadi misteri," katanya. Difahamkan, pemburuan untuk membongkar misteri kewujudan 'big foot' juga dilakukan penduduk di kawasan berkenaan diketuai Pak Rani. Bagi seorang pemuda, Mohd Zullaidi Wahab, 33, penemuan kesan tapak kaki itu menjadi bualan penduduk khususnya golongan muda, namun bagi sesetengah golongan berusia, ia dianggap perkara biasa. "Ini kerana mereka sering menemui kesan tapak kaki tersebut, namun tidak menghebohkan perkara itu kerana bimbang akan menimbulkan ketakutan kepada penduduk setempat," katanya. -SH ULASAN GB Cuba selami yang tersirat daripada yang tersurat. Setiap sesuatu kejadian Allah swt itu tidak ada yang sia-sia. Seperti kes ikan berkepala buaya yang ditemui di Selangor beberapa tahun dulu. GB pernah ulas begini: Ikan berkepala buaya - sungguh dasyat. Dia ada di kalangan manusia. Ada di dalam kalangan kita juga. Badannya bersama-sama jemaah, tetapi kepalanya tak sama dengan kita. Kepalanya serupa musuh yang suka membaham. Dan kisah ini tidak jauh, di negeri Selangor adanya. Akhirnya ikan berkepala buaya itu dipecat dari parti. Anda kenal dia siapa! Walaupun GB dah berikan hint, malangnya tiada siapa yang dapat menjawabnya dengan betul ketika itu. Baca di SINI. |
You are subscribed to email updates from di marang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan