Khamis, 28 November 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


"Orang Minyak" <b>di Kuala Terengganu</b> Mengganas Cari Anak Dara <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2013 05:00 PM PDT

"Orang Minyak" di Kuala Terengganu Mengganas Cari Anak Dara | "Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh b0gel memakai topeng 'Zorro' berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup," kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh b0gel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri.

Menurut mangsa, lelaki terbabit hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan.

Namun mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek itu masih trauma dan tidak dapat melupakan kejadian menimpanya.

"Nasib baik lelaki itu tidak sempat bertindak ganas dan saya bersyukur kerana kejadian disedari bapa, namun saya tidak akan dapat melupakan kejadian itu sampai bila-bila, malah masih berasa takut seolah-olah dia akan datang semula.

"Keluarga juga risau kejadian berulang dan mereka sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung di Marang dan kami berharap lelaki itu akan dapat diberkas dengan segera" katanya ketika menghubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan serta disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, difahamkan lelaki separuh b0gel dipercayai mengalami masalah mental itu juga digelar sebagai 'orang minyak' oleh penduduk kampung kerana sering berkeliaran di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Malah, kelibat lelaki tanpa seluar itu berjaya dirakam penduduk di kawasan berkenaan dan diedarkan kepada umum melalui laman facebook, whatsApp dan media baru lain termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di kawasan Bukit Payung, di sini.

Kejadian itu juga menyebabkan JKKK Padang Midin dan Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu menubuhkan satu pasukan rondaan di kawasan kampung berkenaan.

Menurut Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Shahul Hamid, rondaan di kawasan kampung bermula pada jam 12 malam hingga 6 pagi setiap hari dan disertai ahli jawatankuasa belia BBest serta penduduk kampung tersebut.

"Rondaan ini telah dijalankan sejak dua tahun lalu dan kita adakan dengan lebih giat selepas beberapa siri kejadian membabitkan lelaki dipercayai kurang siuman yang digelar sebagai orang minyak itu dikatakan mula berkeliaran termasuk di Tok Renek.

"Tok Renek masih di bawah pentadbiran JKKK Padang Midin. Kampung ini terletak di sempadan kawasan polis Kuala Terengganu dan Marang, jadi kami akan memberikan kerjasama penuh dalam membantu dua pihak berkuasa itu memberkas lelaki terbabit," katanya. -SINARHARIAN

Quote:

_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

Tempat Menarik <b>Di Kuala Terengganu</b>, Taman Tamadun Islam

Posted: 14 Sep 2013 01:34 AM PDT

Apa aktiviti korang sempena cuti Hari Malaysia ni? Mesti ada yang nak pergi bercuti kan. Share la sikit tempat bercuti best-best kat Malaysia ni? Nanti cuti sekolah, saya pun nak bercuti jugak, sekarang bagi kat korang semua dulu. Hehee. Anyway, selamat berhujung minggu.

Sambil tengok Nasi Lemak Kopi 0 tadi, ada iklan Tahun Melawat Terengganu 2013. Banyak juga program yang dirancang. Special untuk bulan September ni, lawatan ke Taman Tamadun Islam. Menarik juga kan kalau dapat buat lawatan ke sana.

Apa yang ada di Taman Tamadun Islam?

Ada replika masjid dari seluruh dunia, dan yang paling popular ialah Masjid Kristal. Kiranya ni percutian luar negara bajet ciput la. Kat situ kita boleh tengok masjid-masjid yang popular, kenal sejarah negara-negara Islam dan menikmati keindahan masjid yang diperbuat daripada krista.

Ni antara gambar-gambar saya masa ke Terengganu hari Raya lepas.

Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam

Tak larat nak berjalan kaki mengelilingi keseluruhan kawasan ini? Tak apa, kat sini ada perkhidmatan sewa basikal dan tram.

Sewa Basikal & Naik Tram

Sewa Basikal & Naik Tram

Ok, cuma ni je la sedikit idea untuk percutian singkat ni. Esok dan Lusa boleh mulakan lawatan. Banyak juga aktiviti dirancang.

Ops! hampir terlupa, Taman Tamadun Islam terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Jalannya agak susah sikit la nak mencari sebab terletak agak tersorok. Saya pun cuma ikut GPS je untuk sampai. Ada signboard semuanya sangat tak boleh pakai. Percaya je dengan hati, jangan percaya sangat dengan signboard yang ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads