Jumaat, 4 Oktober 2013

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


deqnoor.com: Bersiar-siar <b>di</b> Kompleks Muzium <b>Negeri Terengganu</b>

Posted: 22 Sep 2013 08:00 PM PDT

Selamat Datang ke Kompleks Muzium Negeri Terengganu.
Kompleks Muzium Negeri Terengganu menjadi salah satu tarikan pelancongan di Kuala Terengganu. Ia terdiri daripada 4 blok 4 tingkat bersambung dengan ruang communal yang berfungsi sebagai laman pameran. Antara galeri yang terdapat di bangunan utama ialah Galeri Islam, Galeri Tekstil, Galeri DiRaja, Galeri Sejarah, Galeri Kraf, Galeri Petroleum dan Galeri Ilmu Kejadian.
Konsep rekabentuk muzium ini telah diilhamkan oleh Yang Mulia Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah. Pada asasnya, muzium ini direkabentuk dengan mengambilkira 3 elemen utama iaitu :-
  1. Imej / rupabentuk bangunan yang menggambarkan senibina melayu tempatan. Bahan serta ukiran kayu yang diselitkan dapat menambahkan aspek keaslian dan estatiknya.
  2. Perancangan susun atur ruang yang bersambung menggambarkan satu keluarga besar berakar umbi daripada keluarga asas iaitu blok utama dengan blok lain. Ini menunjukkan bahawa hubungan di antara ibubapa dan anak serta ahli keluarga sentiasa terjalin erat.
  3. Dibina mengadap sungai berasaskan pengangkutan tradisi yang menggunakan jalan air (sungai). 
Di luar daripada blok utama ditempatkan Muzium Maritim yang menempatkan 2 galeri iaitu Galeri Perikanan & Taman Laut serta Galeri Pelayaran dan Perdagangan. 
Gambar pertama di atas merupakan perahu besar. Perahu besar merupakan salah satu khazanah warisan bangsa Melayu yang dibina di sekitar muara sungai Kuala Terengganu. Ia menggunakan tiga jenis layar iaitu Jib, Topaan dan Agung.
Gambar kedua pula merupakan Sabar T82. Sabar yang asalnya dimiliki oleh Haji Awang dan dahulunya dinamakan oleh beliau sebagai Seri Telaga adalah dari jenis Pinis Dogol. Ia memulakan pelayaran pertama menuju ke Siam (Thailand) untuk membawa balik garam di bawah pimpinan nakhoda Haji Embong.
Di satu sudut lain pula ditempatkan kenderaan yang telah digunakan oleh D.Y.M.M. Sultan Terengganu, Menteri Besar Terengganu, pengerusi dan kakitangan muzium suatu ketika dahulu.
 Maka, berakhirlah hasil bersiar-siar DN ke Kompleks Muzium Negeri Terengganu. DN akan kembali ke sini satu hari nanti untuk menghabiskan siri penjelajahan DN di dalam muzium ini.

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Deq Noor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads