Selasa, 22 Oktober 2013

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


<b>Pulau Redang</b> (Redang Island) Terengganu - Visit Malaysia Year <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2013 08:00 PM PDT

Tahun Melawat Malaysia 2014, #TMM2014
Visit Malaysia Year 2014, #VMY2014
Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repul seyang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil danPulau Bidong.
Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di Pantai Timur Malaysia. Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia, dengan kebanyakan mereka yang datang melalui pakej pelancongan. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. 
Pulau Redang boleh dikunjungi melalui Merang dengan bot-bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini. Jaraknya dari jeti Kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika atau Kuala Terengganu melalui Jeti Shahbandar dengan menggunakan feri. Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.

"Redang Island, locally known as Pulau Redang or just "Redang" is one of the largest islands off the east coast of Malaysia. It is one of nine islands, which form a marine park, and which offer snorkeling and diving opportunities. Access is from Merang or Kuala Terengganu on boats operated by the resorts. Redang Airport is a small airport with services operated by Berjaya Air from Kuala Lumpur (Sultan Abdul Aziz Shah Airport).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads