ads

Rabu, 30 Oktober 2013

13 di kemaman - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Pengurus ladang dan anak maut dalam kemalangan <b>di Kemaman</b> <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2013 10:12 AM PDT

KEMAMAN – Dua beranak maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 150.8, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Kampung Cheneh, pada Khamis.

Mangsa Mohd Latip Abu Bakar, 37, yang berasal dari Kampung Parit Buaya, Johor dan anak lelakinya Muhammad Rayyan, 4, maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Mangsa yang merupakan seorang pengurus di sebuah ladang di Chini, Kuantan dipercayai tersepit di tempat duduk pemandu manakala anak lelakinya tercampak ke hadapan kenderaan.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu dipercayai berlaku ketika mangsa bersama isteri Rohaini Pengis, 29, dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kemaman Che Suza Che Hitam berkata kejadian itu dipercayai berlaku setelah lori yang dipandu Krishnan A/l Nalathamby, 41, telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

Katanya akibat pertembungan itu pemandu lori yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan, mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Kemaman.

Ekoran kemalangan itu, isteri manga turut mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan patah kedua-dua belah kaki serta turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Che Suza berkata mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved