ads

Khamis, 17 Oktober 2013

13 di dungun - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Din Adam cabar Rosli Mat Hasan <b>di Dungun</b> - Utusan Online

Posted: 21 Sep 2013 01:34 AM PDT

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI

DUNGUN 21 Sept. - Bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Din Adam tampil dua kali berturut-turut mencabar Datuk Dr. Rosli Mat Hassan selaku penyandang Ketua UMNO Bahagian Dungun bagi merebut jawatan itu pada pemilihan Oktober depan.

Rosli hadir menyerahkan borang pencalonan bertanding bagi mempertahankan jawatan itu pada pukul 8 pagi tadi manakala Din hadir sekitar pukul 11.30 pagi di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Dungun dekat sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud menyerahkan borang pencalonan bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian pada pukul 8.30 pagi dan sehingga pukul 2 petang ini tiada pencabar bagi jawatan itu.

Bagi jawatan Naib Ketua Bahagian UMNO Dungun pula, dua individu menyerahkan borang iaitu bekas ADUN Paka, Datuk Matulidi Jusoh serta Abd. Razak Endut. - UTUSAN ONLINE

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved