Selasa, 1 Oktober 2013

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Tiga termasuk ibu yang sarat mengandung maut <b>di Dungun</b>

Posted: 29 Sep 2013 02:53 AM PDT

dungun

DUNGUN, 29 Sept (Bernama) — Seorang ibu yang sarat mengandung tujuh bulan

adalah antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan

motosikal di KM 23 Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah di sini semalam.

Mangsa yang terbunuh penumpang kereta, Wan Ayuzita Wan Yosof, 23, dan

anak lelakinya Mohd Amizi yang berusia setahun setengah dan penunggang motosikal

Mohd Nor Samat, 57.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata dalam kejadian

6.40 petang itu kereta jenis Proton Iswara yang dipandu suami mangsa dipercayai

hilang kawalan selepas melalui selekoh di kawasan berkenaan sebelum

berpusing-pusing lalu merempuh motosikal yang ditunggangi Mohd Nor yang datang

dari arah bertentangan.

"Akibat rempuhan itu ketiga-tiga mangsa meninggal di tempat kejadian setelah

mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala manakala penumpang wanita itu

"ROBOTFB - Kuasai pemasaran anda di Facebook dengan Robot Facebook!

tersepit di tempat duduk sebelah pemandu.

"Rempuhan itu juga menyebabkan penunggang motosikal yang berasal dari Felda

Kerteh 4, Dungun tercampak sejauh 10 meter," katanya ketika ditemui di Bilik

Mayat Hospital Dungun di sini malam tadi.

– LAGI

IBU-MAUT 2 (AKHIR) DUNGUN

Menurutnya suami mangsa Azmi Mohamad, 41, bersama dua lagi anak saudaranya

Mohd Arif Basri Adnan, 11, dan Ahmad Amizan Akmal Ibrahim, 14, hanya cedera

ringan.

Katanya semasa kejadian Wan Ayuzita bersama keluarganya dalam perjalanan

pulang ke rumah mereka di Kampung Lubuk Lesung, Kemaman.

Sementara itu, anak Mohd Nor, Mohammad Keeri, 19, berkata ketika

kejadian dia bersama ayahnya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai

menebas di kebun mereka di Sungai Apu pada pukul 6 petang.

Katanya mereka menaiki motosikal berasingan dan semasa tiba di selekoh dia

ternampak sebuah kereta meluru laju menghala ke arah mereka.

"Saya lihat kereta itu langgar ayah namun saya tidak mampu berbuat apa-apa

kerana terlalu terkejut," katanya.

– BERNAMA

NFI AZM KLS NH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

"Jom Buat Duit Dengan Jomniaga - RM2 PPL!!

"Mempunyai Masalah Zakar Cepat Pancut?

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads