ads

Rabu, 23 Oktober 2013

13 di besut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Bas terbalik, rombongan pengantin cemas <b>di Besut</b> | Terengganu <b>...</b>

Posted: 20 Oct 2013 08:06 PM PDT

Orang ramai melihat keadaan bas yang terbalik di Kampung Gerai, Jertih, semalam.

Orang ramai melihat keadaan bas yang terbalik di Kampung Gerai, Jertih, semalam.

Pasangan pengantin antara 30 penumpang yang nyaris maut apabila bas sewa khas membawa rombongan pengantin dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kota Bharu, Kelantan terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta sebelum terbalik di dalam parit di Kampung Gerai dekat Jertih, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu , pemandu kedua bas, Sharizan Mohd Nasir, 35, mengalami kecederaan kecil di jari dan dirawat sebagai pesakit luar, manakala kesemua penumpang lain termasuk 12 kanak-kanak dan pasangan pengantin terbabit tidak mengalami kecederaan.

Menurut Sharizan, kejadian berlaku apabila pemandu bas, Mohd Fahrul Rozi Domora Ahmad Shah, 33, cuba mengelak sebuah kereta Perodua Viva dari arah Kota Bharu, Kelantan yang masuk ke laluannya.

"Pemandu bas membunyikan hon sebanyak dua kali dan memberi lampu tinggi kepada pemandu kereta sebagai isyarat, namun kereta tersebut tetap berada di laluan salah.

"Bagi mengelakkan bertembung, kawan saya memandu bas ke tepi, namun hilang kawalan akibat jalan basah sebelum terbabas ke dalam parit kemudian terbalik, manakala kereta itu bergesel dengan sisi kanan bas dan terjatuh ke dalam parit juga," katanya ketika ditemui di Balai Polis Trafik Daerah Besut dekat Jertih.

Sharizan berkata, ketika kejadian, anaknya Muhammad Arif Izuddin, 2, tercampak bersama penumpang lain ke bahagian bawah bas yang terbalik, namun syukur anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, tangannya cedera kecil terkena serpihan kaca ketika memecahkan cermin pintu bas dengan alat pemadam kebakaran untuk memastikan semua penumpang dapat keluar.

"Ketika kejadian bas yang disewa khas ini membawa rombongan keluarga pengantin perempuan ke kenduri di rumah pengantin lelaki di Kadok, Kota Bharu Kelantan. Pasangan pengantin turut sama berada di dalam bas dan mereka juga tidak cedera.

"Saya bersyukur kerana semua penumpang selamat dan dapat meneruskan perjalanan dengan sebuah bas lain walaupun agak lewat," katanya.

Kesemua empat wanita yang menaiki kereta Viva tersebut termasuk pemandunya yang dalam perjalanan dari Perlis ke Kuala Terengganu tidak mengalami  kecederaan serius kecuali pemandu cedera di kening.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan tidak menolak kemungkinan kemalangan berlaku akibat pemandu kereta tersebut mengantuk dan kejadian berlaku ketika hujan renyai-renyai.

Bagaimanapun katanya, polis akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-sh

AGEN DSAI....: Panas!! Perbelanjaan polis <b>di</b> Kuala <b>Besut</b> RM8 juta

Posted: 25 Sep 2013 08:12 AM PDT

VIDEO

Perbelanjaan polis dalam pilihan raya kecil Kuala Besut baru-baru ini melebihi RM8 juta, Parlimen diberitahu hari ini.

Dalam jawapan bertulis kepada Anthony Loke Siew Fook (DAP-Seremban), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, angka itu melibatkan 3,364 orang pegawai polis yang ditugaskan di situ.

Daripada RM8.36 juta itu, kira-kira RM5.7 juta diperuntukkan untuk sewaan khemah untuk kegunaan kerja pegawai-pegawai.

Bagaimanapun, Loke berkata, nisbah anggota polis berbanding penduduk juga tinggi, dengan seorang pegawai untuk setiap lima penduduk Kuala Besut.

Malaysiakini

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved