13 di batu rakit - Google Blog Search |
- BLOG TERENGGANU: 13 <b>di batu rakit</b> - Google Blog Search
- Penduduk Nekad Gantung Motosikal Pencuri <b>di Batu Rakit</b> <b>...</b>
- KHIDMAT SOSIAL PELAJAR KUIN <b>DI BATU RAKIT</b> <b>...</b> - batu rakit kini
BLOG TERENGGANU: 13 <b>di batu rakit</b> - Google Blog Search Posted: 30 Aug 2013 03:35 PM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||||||
Penduduk Nekad Gantung Motosikal Pencuri <b>di Batu Rakit</b> <b>...</b> Posted: 30 Mar 2013 06:59 PM PDT PENGGUNA di laluan utama Darat Batu Rakit menghala ke Tepoh di Kampung Wakaf Chagak, di sini, gempar apabila melihat sebuah motosikal yang digantung pada pokok kekabu, di sini. Tidak cukup menggantung motosikal berkenaan, penduduk turut meletakkan satu nota pada pokok dengan mendakwa pemilik motosikal sebagai 'kaki pecah rumah, kaki curi motosikal, kaki curi lembu dan sebagainya'. Motosikal dipercayai milik penjenayah yang cuba memecah masuk sebuah rumah penduduk di sini, namun terpaksa membatalkan hasratnya apabila mengetahui tindakanya ketahui penduduk terus melarikan diri tanpa sempat mengambil motosikal ditinggalkan tidak jauh dari tempat kejadian. Menurut seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Din, tujuan penduduk menggantung motosikal berkenaan adalah untuk memberi pengajaran kepada penjenayah terbabit, meskipun gagal menangkapnya. "Penjenayah ini sememangnya diketahui sering terlibat dalam pelbagai kegiatan tidak bermoral di kampung, namun kerana tiada bukti kukuh, dia sering terlepas hukuman. "Namun, kami ingin memastikan dia (penjenayah) sedar bahawa segala tindakan dan kelakuannya sering menjadi perhatian dan kami akan memastikan dia akan menerima hukuman yang setimpal nanti," katanya ketika ditemui, semalam. Sinar Harian turut difahamkan penjenayah terbabit yang juga penduduk di kampung berkenaan sering keluar masuk penjara itu masih mengulangi kesalahan sama. Tindakan nekad penduduk yang menggantung motosikal pada sebatang pokok di jalan utama adalah untuk memberi peringatan kepada penjenayah yang lain bahawa penduduk sememangnya sentiasa bersatu hati bagi memerangi gejala tidak bermoral terutamanya kes pecah rumah yang sering berlaku di kampung berkenaan.-Sinar Harian | ||||||
KHIDMAT SOSIAL PELAJAR KUIN <b>DI BATU RAKIT</b> <b>...</b> - batu rakit kini Posted: 10 Jun 2013 10:48 AM PDT KHIDMAT SOSIAL PELAJAR KUIN DI BATU RAKIT Para pelajar KUIN bergambar kenangan bersama Adun Batu Rakit PANTAI- 10/6/2013 Seramai 70 orang pelajar dari Pusat Pengajian Asasi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah telah hadir di Kampung Pantai Batu Rakit untuk menjayakan program khidmat sosial. Program yang dinamakan Gotong Royong JKKK Pantai dan Tanjung Batu Rakit bersama Kolej Universiti Insaniah Kedah telah dirasmikan oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman. Menadah doa memohon diberkati Allah program yang dijalankan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah KUIN Nur Fadlina Mat Dali menyampaikan cenderahati kepada Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman. Program gotong royong ini meliputi kawasan Masjid As-Salam,sekitar persisiran pantai dan juga di Tanah Perkuburan Kampung Kubur. Selain dari penduduk kampung yang hadir bersama,anggota-anggota APMT turut juga menjayakan program ini. Penduduk kampung Pantai dan Tanjung turut bersama gotong royong di Tanah Perkuburan Kampung Kubur Siswazah Kuin sedang mengecat nisan Semasa menyampaikan ucapan alu-aluan,Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman mengucapkan terima kasih kepada pihak KUIN keran sudi mengadakan program khidmat sosial di Dun Batu Rakit.Beliau berharap agar program seumpama ini akan terus dijalankan selepas program yang pertama ini.Beliau turut memaklumkan akan sentiasa memberikan kerjasama demi melihat program seumpama ini berjalan lancar. Membersihkan persisiran pantai dan sekitar taman rekreasi Membersihkan kawasan Masjid As-Salam. Anggota APMT turut bersama menjayakan program gotong royong Program yang bermula jam 10.00 pagi ini selepas kelewatan hampir dua jam,dimulakan dengan sesi ramah mesra para siswazah bersama Adun Batu Rakit sebelum dibawa ke tempat-tempat yang telah ditentukan untuk gotong royong. Cerita dan Gambar oleh: Mazlan Mustafa |
You are subscribed to email updates from di batu rakit - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan