Rabu, 4 September 2013

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jul 2013 11:34 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ke Taman Tamaddun Islam <b>Pulau Wan Man</b> - Kendatipun sekadar <b>...</b>

Posted: 21 Jun 2013 02:02 AM PDT

Sejak mula dibuka kepada orang ramai pada Februari 2008, aku tidak berkesempatan mengunjunginya. Namun pernah mengunjungi beberapa binaan lain berdekatan yang juga terletak di Pulau Wan Man Kuala Terengganu seperti Masjid Kristal dan Dewan Konvensyen. Keseluruhan projek bernilai RM249.3 bagi menjadikan Pulau Wan Man yang sebelumnya merupakan pulau yang dipenuhi pokok nipah itu telah menimbulkan pelbagai kontraversi sejak ianya mula dibina.

Kontraversi ini meliputi daripada isu pembaziran lantaran perbelanjanaan pembinaan sepatutunya digunakan untuk perkara lain yang lebih utama dan dimanfaati rakyat, perlantikan kontraktor luar, isu penduduk tempatan dipinggirkan dalam sub-kontrak pembinaan dan perasmian Masjid Kristal yang sepatutunya dilakukan oleh Sultan.Namun aku berkesempatan singgah dan masuk ke Taman Tamaddun Islam Pulau Wan Man pada 6 Jun 2013. Tiket masuk untuk dewasa RM20, termasuk baucer RM2 untuk membeli cenderahati di kedai cenderahati dan makanan di gerai makanan di luar Taman. Selain daripada tiket, kami diberikan buku passport dengan cop sebagai bukti lawatan dan tawaran istimewa untuk lawatan kedua dan ketiga. Buku tersebut juga mengandungi keterangan mengenai monumen yang terdapat dalam taman ini.

Taman Tamadun Islam ( TTI ) ini dikatakan merupakan taman tema bercirikan Islam yang pertama dan satu-satunya di dunia dari segi kesenian rekabentuk serta kebudayaan menerusi 21 buah monumen yang dibangunkan. Ianya menonjolkan keunggulan islam dalam pelbagai seni bina khususnya didalam pembuatan masjid.

Semua monumen yang dibangunkan didalam taman tema ini adalah mengikut skala 1:8 daripada saiz asal. Di sesetengah monumen terdapat pameran serta dewan tayangan video bagi memberi maklumat lanjut kepada pengunjung.Terdapat kemudahan seperti trem, basikal dan buggy sedia untuk disewa bagi memudahkan perjalanan dalam di taman ini. Tidak pasti berapa kadar sewaannya. Tapi aku memilih untuk berjalan kaki sahaja.Bermula dengan monumen masjid Masjid Xian dari China yang unik binaannya. Ini binaan yang menempatkan ruang solat atau sekadar menaranya sahaja ?Diikuti dengan monument berbentuk Masjid Negara Malaysia. Aku begitu impress. Macam betul-betul saja kalau ambik gambar dekat.Seterusnya Masjid Kuddus Mina dari Indonesia yang nampak tradisional atau klasik. Terasa macam ada masjid lama di Malaysia seakan-akan binaan ini. Masjid Sultan Omar Syarif dari Brunei mengingatkan aku kepada kunjungan ke sana. Cuma warnanya tidak seputih yang asal dan kubah emasnya tidak berwarna seperti emas berkilau.Apabila sampai ke monumen Taj Mahal dari India, baru aku perasan betapa kurangnya kerja penyelenggaraan dilakukan ke atas monument yang terdapat di sini. Cat yang sudah luntur dan warna keputihan Taj Mahal mulai pudar dan tidak nampak menarik apabila berada pada jarak dekat.Bagiku yang paling menakjubkan ialah Kubah As Sakhra dari Palestina. Daripada jauh sudah kelihatan keunikan kubah kuningnya.Masuk ke dalamnya, terasa macam real atau betul-betul. Corak dinding, tiang, tingkap dan silingnya sungguh menarik. Ini ditambah dengan replika batu tergantung yang terdapat ditengah-tengah binaan di bawah kubah.
Masjid Nabawi dan Masjidil Haram dari Arab Saudi agak mengecewakan sedikit, walaupun marmar binaan seperti real. Banyak bahagian yang sudah rosak serta pecah dan berdasarkan khemah yang dipasang, berkemungkinan juga kerja pembaikpulih sedang dan telah lama dilakukan.Agaknya kalau dibesarkan sedikit skala, boleh pengunjung merasai nak tawaf dan saie. Ruang pameran Masjidil Haram di bahagian bawah juga ditutup Keunikan Masjid Al Hambra dari Spanyol nampak cantik dan jelas digambarkan dari monumen yang dihasilkan.Berikut adalah beberapa monument lain yang menghiasi TTI.
Melihat kepada beberapa bentuk monumen yang juga merujuk kepada binaan sebenar di negara masing-masing, timbul persoalan. Apakah binaan tersebut yang bercirikan senibina Islam ataupun ciri rekabentuk bangsa atau negara berkenaan yang diapplykan kepada bangunan yang dihungkaitkan dengan kegunaan umat Islam khususnya untuk beribadah ?Apa yang perlu dilakukan oleh pengurusan TTI ini menyelenggara dan memastikan monumen dalam keadaan baik, cat tidak lusuh, dinding binaan tidak menggelupas serta warnanya tidak pudar. Apakah sengaja dibiarkan bagi melambangkan begitu juga binaan yang sebenar di negera-negara berkenaan ?Di akhir lawatan kami singgah di kedai cenderahati bagi membeli tanda kenangan berkunjung ke di taman tema dan terus keluar daripada kompleks TTI menuju ke bazaar makanan.

Mohd Rosly Abd Jalil: Percutian Ke Terengganu Darul Iman 2009

Posted: 29 Jul 2013 11:44 AM PDT

Ini gambar hero-hero aku berada di Pantai Batu Buruk,Kuala Terengganu...Nasib baik laut kat sini ombak dia tinggi-tinggi,kalau tidak memang confirm diorang ni terjun kat laut..Percutian sekeluarga ini adalah pada 25.1.2009...Biasalah,sesekali kena bercuti bersama keluarga sambil dapat release tension..Oh ya!di Terengganu akan tak risau sangat sebab kalau hotel penuh,aku akan menginap di rumah abang aku di Wakaf Tapai....so,kos hotel dapat dijimatkan..boleh ler orang rumah shopping sakan kat Pasar Kedai Payang....

Aku sekeluarga sempat gak melawat Pusat Tamadun Islam di Pulau Wan Man,Kuala Terengganu..tempat menarik dan ramai pengunjung datang dan secara kebetulan musim cuti..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads