ads

Ahad, 1 September 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Photoshoot Hari Raya <b>di</b> Muzium Losong, <b>Kuala Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2013 08:44 AM PDT

 

Salam.

 

Raya tahun ini aku berkesempatan beraya di Muzium Losong. Photoshoot di sana. Bukan beraya dengan kakitangan Muzium Losong yer. Kebetulan masa aku pergi sana agak sesak Muzium Losong sebab ada majlis perkahwinan.

 

kapal muzium losong

Kitorang bergambar outdoor je. Tak masuk pun dalam Muzium Losong. Muzium Losong dah tak best macam dulu. Dulu memang best gila. Banyak pameran dan artifak. Sekarang macam hambar sikit. Ruang pameran dah makin sempit dan banyak artifak tiada dekat tempat pameran. Bayar tiket pun mahal dah.

 

Dulu tiket pakej student RM1. Sekarang ni dah tergolong dalam orang remaja. Mahu bayar RM10 semata-mata nak masuk dalam Muzium Losong tengok artifak. Kalau awak yang 1stime datang sana ok la. Aku yang berkali-kali masuk sana memang tak la nak masuk lagi kan !

 


Bergambar dalam pondok tepi sungai.
Bergambar atas kapal.
Atas rumput hijau.
Then pulang.=p

 

gambar atas kapal muzium losong   Ada 2 biji kapal besar kat sana. Ini gambar atas kapal SABAR T.82. Kapal 1 lagi tak lawa sangat pasal dia letak jaring hitam yang halang cahaya matahari masuk tu atas kapal. Nak bergambar pun jadi tak lawa.

 

gambar muzium losong

Ini pondok cantik tepi sungai. Tak ingat apa nama pondok ini. Ada banyak juga pameran mengenai perkapalan. Masuk percuma je tak payah bayar pun. Nampak tak aku tengak syok menikmati keindahan Sungai Kuala Nerus yang cantik. Boleh nampak Pulau Sekati dengan jelas dari anjung pondok ini. Hajat nak pergi merentas jambatan panjang ke Pulau Sekati tapi jambatan macam belum siap renovate lagi. Campur panas lagi.

 

gambar muzium losong

Ini padang rumput sebelah rumah lama. Kalau dia mesin rumput kasi rata lagi lawa aku rasa padang rumput ini sebab macam dah lama sangat padang rumput ini tak di mesin. Ada rumput panjang dan pokok kemuncup melekat dekat seluar aku. =p

 

Korang yang belum pernah datang Muzium Losong tu apa kata pergi sana bawak kawan-kawan. Seronok tahu photoshoot kat sana. Ini belum lagi aku masuk dalam Muzium Losong. Banyak jugak shoot cantik sekitar indoor Muzium Losong macam gambar-gambar di bawah. Tak rugi tau korang galas DSLR sekali dengan tripod datang sini.

gambar muzium losong

gambar muzium losong

gambar muzium losong

Okbai.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved