Selasa, 24 September 2013

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Wanita maut, rakan parah dalam kemalangan <b>di Kemaman</b> ABN <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2013 02:38 AM PDT

KEMAMAN – Seorang wanita maut manakala rakannya parah apabila kenderaan mereka merempuh treler di Km153.7, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Balai Pemeriksaan Hutan Bandar Cheneh Baru, di sini malam tadi.

Asbalela Kamaruddin, 34, mati di tempat kejadian manakala rakannya Normasliza Makhtar, 33, cedera parah dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supritendan Che Suza Che Hitam berkata kedua-dua wanita yang bekerja sebagai jurujual itu berasal dari Kelantan dan ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuantan atas urusan kerja.

Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 8.30 malam itu, kereta Perodua Kancil yang dipandu Asbalela dikatakan hilang kawalan dan merempuh belakang treler membawa muatan biji besi yang diletakkan di bahu jalan.

"Akibat rempuhan itu, Asbalela tersepit di tempat duduk pemandu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads