Sabtu, 3 Ogos 2013

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


PAS dakwa Kerajaan <b>Negeri Terengganu</b> Abai Petani <b>di Kuala</b> Besut.

Posted: 14 Jul 2013 12:35 AM PDT

alt

 

KUALA BESUT 14 Julai - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu didakwa tidak mengambil inisitif dalam memajukan bidang pertanian walaupun sudah lama mentadbir negeri Terengganu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menegaskan Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman gagal keperluan rakyat di Kuala Besut untuk menjalankan penanaman padi dan pertanian sepanjang tahun.

"Walaupun calon BN adalah seorang jurutera yang dibanggakan dengan menerima anugerah kecemerlangan dalam perkhidmatan, (tetapi) beliau gagal untuk memenuhi keperluan rakyat di Kuala Besut.
 

alt

 

"Beliau gagal untuk menjalankan penanaman padi dan pertanian sepanjang tahun sekiranya sistem saliran-empangan yang baik dibina untu manfaat rakyat," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di Markas Besar Pas Kuala Besut, disini hari ini.

Turut hadir pada sidang media tersebut termasuklah Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli dan Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Zulkifli Ahmad.

Salahuddin turut membandingkan petani di Sekichan lebih maju dengan mengendalikan penanaman sebanyak 5 kali dalam 2 tahun berbanding di Kuala Besut.

"Perbandingan pengurusan pertanian, contohnya di Sekinchan mampu mendayakan petani sawah mengendalilkan penanaman 5 kali dalam 2 tahun, bermakna 2 setengah kali setahun.

"Bayangkan pendapatan petani yang dapa kita tingkatkan apabila infrastruktur saliran empangan dapat kita majukan,"ujarnya.

 

Last Updated on Sunday, 14 July 2013 14:44

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads