ads

Ahad, 18 Ogos 2013

di negeri terengganu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


PRK <b>Kuala</b> Besut: Formula 16:16 bakal gugat keharmonian politik <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2013 09:15 AM PDT

Oleh: Azizi Sunip (azizisunip@abnxcess.com)

KUALA BESUT – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, formula 16:16 yang dilaungkan PAS untuk mencipta sejarah politik yang baik di Terengganu perlu ditolak.

Ini kerana sejarah berkenaan tidak akan berlaku malah hanya akan menggugat keharmonian politik di negeri berkenaan.

Justeru beliau meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut mengekalkan pemerintahan Terengganu di bawah Barisan Nasional (BN) dengan memilih BN pada pilihan raya kecil DUN itu 24 Julai ini.

"Oleh kerana sudah ada yang baik-baik di negeri Terengganu ini, sehinggakan kami dari Kedah dan negeri-negeri lain pun datang untuk belajar dengan Terengganu, maka saya rasa tidak ada sebarang keperluan untuk penduduk negeri ini menukar kerajaan.

"Kami lihat kerajaan BN Terengganu adalah satu kerajaan yang begitu progresif dan mempunyai wawasan serta pendekatan luar kotak yang telah berjaya melonjakkan negeri ini ke tahap jauh lebih baik berbanding terdahulu termasuklah bidang pendidikan," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Kedah.

Sementara itu, beliau berkata, calon muda mewakili BN di kerusi DUN Kuala Besut iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman adalah bertepatan dan memenuhi permintaan penduduk tempatan.

Jelasnya, ia sejajar dengan pola pengundi di mana 54 peratus pegundi di situ terdiri daripada golongan muda.

"Di Kuala Besut ini oleh kerana pegundinya begitu ramai orang muda tentu mereka mempunyai cita-cita dan aspirasi, yang lebih mencerminkan kehendak orang muda jadi saya lihat calon yang ditampilkan BN.

"Bukan sekadar muda sahaja tetapi seorang yang aktif, sentiasa memikirkan mengenai masa depan rakyat di satu-satu kawasan," katanya.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved