Jumaat, 16 Ogos 2013

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Tahniah!!! Dato Seri Ahmad Said Kekal Pengerusi Badan <b>...</b>

Posted: 28 Jul 2013 08:53 PM PDT

md said

Pengumuman Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun A.Razak bahawa Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said kekal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu memberi makna yang besar bahawa kepimpinan Dato' Seri Ahmad perlu untuk memperkuatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Penglibatan semula Ketua Umno Bahagian Besut yang juga Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Haji Idris Jusoh sebagai Timbalan kepada Dato' Seri Ahmad adalah suatu harapan untuk perkukuhkan lagi kerjasama dan keperkasaan Umno Terengganu.

Kita yakin dengan penerimaan Idris untuk duduk di kerusi Timbalan, adalah sesuatu yang amat dialu-alukan. Penyokong Umno Terengganu amat meletakkan harapan yang tinggi agar kedua-dua pihak ini dapat bekerjasama erat dan membuat perancangan untuk memperkasakan Umno dan BN Terengganu, walaupun kedudukan di Dewan Undangan Negeri 17-15 dan Parlimen 4-4.

Kerjasama dan kerja kuat Dato' Seri Ahmad Said dan Dato' Idris Jusoh, berpadu memenangkan calon BN dalam pilihanraya kecil Kuala Besut boleh diteruskan ke dalam usaha membawa kecemerlangan Umno dan BN Terengganu untuk PRU 14.

Dalam PRK Kuala Besut, Dato' Seri Ahmad Said selaku Pengerusi BN Terengganu dan Menteri Besar bergerak cergas bagi ke seluruh peti undi, termasuk Pulau Perhentian, di samping Peti Undi Bukit Puteri di bawah jagaan Umno Bahagian Kemaman, kesemuanya mencapai keputusan yang cemerlang.

PDM Bukit Puteri yang sebelumnya BN tewas, tetapi kali ini memperolehi kemenangan. Idris pula selaku Timbalan Pengarah jentera BN sentiasa mencari idea dan perancangan untuk meningkatkan undi, walaupun targetnya 4000 majoriti, tetapi dengan pencapaian majoriti kemenangan 2,592, ia dikira sudah memadai dalam pertandingan yang amat sengit itu.

Janganlah hendaknya ada spekulasi yang bukan-bukan terhadap kepimpinan padu dua orang pemimpin ini, satu dari selatan dan satu dari utara Terengganu.

Perahu sudah di air, dayung sudah di tangan….mulakanlah langkah untuk perjuangan demi agama,bangsa dan negara.

Paduan antara Selatan atan Utara pasti membawa kekuatan semua kawasan yang berada di tengah-tengah atau dalam lingkungan keduanya..Itulah pengertian dan anologinya.

Oleh itu, Terengganu bersyukur dengan kedudukan DS Ahmad Said selaku Menteri Besar dan sekaligus Pengerusi Perhubungan Umno dan Pengerusi BN Negeri untuk terus berpadu dengan Dato' Seri Idris membawa Umno Terengganu ke arah kecemerlangan.

Sekalung tahniah kepada Dato' Seri Ahmad Said dan Dato' Seri Idris Jusoh di atas lantikan dan kepercayaan itu. Pendekatan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan (MPPNT) oleh DS Ahmad disertai dengan Ulul Albab yang pernah diperkenalkan Dato' Seri Idris, sudah tentu akan memantapkan lagi Umno Negeri Terengganu bagi menghadapi PRU 14 nanti.

sumber : http://teganukita.blogspot.com/2013/07/tahniah-dato-seri-ahmad-said-kekal.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads