Selasa, 6 Ogos 2013

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


Mayat wanita dicampak tepi lebuh raya <b>di Kuala Berang</b> <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2013 06:31 PM PDT

Mayat disangka patung telah dijumpai oleh orang awam. -gambar hiasan

Mayat disangka patung telah dijumpai oleh orang awam. -gambar hiasan

Mayat seorang wanita ditemui dengan kecederaan teruk di kepala dan dahi dipercayai terhantuk pada penghadang jalan, selepas dicampak ke tepi Lebuh Raya Pantai Timur berhampiran Kampung Sungai Ular di sini, semalam.

Mayat berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai warga asing itu ditemui di Kilometer 41.1 Bukit Besi-Kuala Terengganu tanpa kain, manakala baju T berwarna oren yang dipakainya terselak ke paras dada, antara jam 6 hingga 7 pagi oleh seorang pengawal keselamatan.
Ketika ditemui, mangsa yang dianggarkan 158 sentimeter tinggi dan berkulit cerah tidak memiliki dokumen peribadi dan tiada tanda suntikan vaksin BCG pada bahu.

Pengawal keselamatan di Hentian Rehat Ajil, di sini berkata, beliau menyedari sesuatu objek seperti patung di tepi lebuh raya itu dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat Subuh di Masjid Sungai Ular di sini.

"Saya sangkakan objek yang terbaring di bahu jalan itu adalah patung, tetapi rupanya mayat wanita.

"Disebabkan takut melihat darah, saya tidak menghampiri mayat wanita itu, sebaliknya mendapatkan bantuan untuk menghubungi polis," katanya yang baru dua bulan bekerja di pondok keselamatan itu.-bh

Petisyen PAS Terhadap <b>Kuala Berang</b> Dan Hulu Besut <b>Di</b> Tolak <b>...</b>

Posted: 31 Jul 2013 11:05 PM PDT

petisyen

Kuala Terengganu – Mahkamah Pilhanraya pada hari in itelah meolak petisyen yang dibuat oleh PAS terhadap kemenangan Barisan Nasional di DUN Kuala Berang dan Hulu Besut telah di tolak dengan kos sebanyak RM50 ribu setiap DUN

PAS yang telah menghantar petisyen tersebut atas alasan wujudnya elemen rasuah  namun mahkamah mendapati ianya tidak mempunyai asas yang kukuh.

Calon Barisan Nasional iaitu YB Encik Nawi Bin Mohammad  telah mengalahkan calon PAS iaitu Shalahuddin Bin Jaafar dengan majoriti sebanyak 1570 undi. Manakala di DUN Kuala Berang , Calon Barisan Nasional  YM Dato Tengku Putera Bin Tengku Awang telah mengalahkan calon PAS iaitu Muhyiddin Bin Abdul Rashid dengan majoriti sebanyak 449 undi.

Mahkamah telah memutuskan kemenangan Barisan Nasional di DUN Kuala Berang dan Hulu Besut adalah sah.

Kemalangan Ngeri <b>Di Kuala Berang</b>, Seorang Maut | IdaMan

Posted: 30 Jul 2013 12:11 PM PDT

KEMALANGAN maut ini mengorbankan penggiat seni, Ibrahim, selepas keretanya dirempuh kenderaan lain yang memasuki laluannya, di KM38, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang

KUALA BERANG: "Saya tidak berani membuka pintu Kancil itu selepas melihat mangsa di dalamnya parah," kata Abdullah Osman, 51, saksi kejadian kemalangan maut di Kilometer 38, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, Kampung Batu 23, di sini, kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Mangsa, Ibrahim Mohd Taib, 54, yang juga seorang penggiat seni teater di negeri ini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta dipandunya bertembung dan Proton Gen 2 yang terbabas dan memasuki laluannya.

Abdullah berkata, ketika kejadian, dia sedang menghala ke pekan Kuala Berang dan melihat Proton Gen 2 terbabit yang berada di hadapannya cuba memotong sebuah kereta melalui laluan tepi sebelah kiri jalan.

"Namun, kereta berkenaan tidak berjaya memotong kerana terdapat sebuah motosikal di sebelah kiri jalan sebelum pemandunya mengelak ke kanan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah kereta Perodua Kancil yang dalam perjalanan dari arah pekan Kuala Berang ke Ajil.

"Akibat rempuhan kuat itu, Perodua Kancil terbabit melambung dan tersangkut di atas besi penghadang jalan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila Proton Gen 2 terbabit terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar Perodua Kancil yang dipandu mangsa," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 selain lesen memandu pesalah boleh digantung jika sabit kesalahan.

Katanya, pemandu Proton Gen 2 terbabit sedang dirawat di Hospital Hulu Terengganu akibat kecederaan di kepala dan badan.[hmetro]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads