ads

Khamis, 1 Ogos 2013

13 di kemaman - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


[PANAS] PAS dakwa 7000 pengundinya undi BN <b>di Kemaman</b>

Posted: 27 May 2013 09:48 AM PDT

"Majoriti yang diperolehi oleh Shabery Cheek sebanyak 12000 tidak konsisten dengan jumlah majoriti seluruh DUN yang kalau dicongak sepatutnya majoriti Shabery Cheek hanya sekitar 5000 sahaja. Tetapi ini tidak berlaku di Parlimen Kemaman di mana ada pengundi tempatan yang mengundi PAS di DUN tetapi mengundi BN di Parlimen dan jumlahnya dianggarkan sekitar 7000 orang"
-------------------------------------------
Azmin Ali sudah mengaku kesilapannya mengenai pertindihan kerusi di Selangor tetapi di Terengganu masih belum ada pemimpin PKR yang tampil membuat pengakuan walaupun sudah ada dakwaan pertindihan kerusi di Terengganu disebabkan adanya kem kem tertentu dalam PKR. 
Ada dalang yang disebut tetapi orang yang bertanggungjawab masih bersembunyi. PRK harus segera menyelesaikan masalah mereka di Terengganu demi kebaikan PR seluruhnya. 
Walaupun ketuanya Azan Ismail diterima dengan baik di DUN Bandar Kuala Terengganu tetapi secara keseluhannya PKR gagal di Terengganu. Keputusan Parlimen P40, Kemaman menceritakan segalanya. 
Mengikut perkiraan matematik biasa, seorang pengundi layak mengundi di DUN dan Parlimen, dan setiap pengundi yang mengundi calon PAS di DUN juga akan mengundi PKR di Parlimen, tetapi keadaan ini tidak berlaku di Kemaman, mengambil kira keputusan akhir PRU. 
Majoriti yang diperolehi oleh Sabri Chik sebanyak 12k tidak konsistan dengan jumlah majoriti seluruh DUN yang kalau dicongak sepatutnya majoriti Sabri Chik hanya sekitar 5k sahaja dan mengambil kira pengundi hantu yang berkeliaran di DUN Kijal dan Air Putih, sepatutnya majoriti 5K tersebut merupakan majoriti hantu. 
Tetapi ini tidak berlaku di Parlimen Kemaman di mana ada pengundi tempatan yang mengundi PAS di DUN tetapi mengundi BN di Parlimen dan jumlahnya dianggarkan sekitar 7K. Kenapa keadaan ini berlaku? Feedback menunjukkan masih ramai pengundi yang tidak yakin dengan PKR kerana kemelut yang dihadapi mereka di Kemaman. 
Pemilihan calon bukan rahsia lagi tidak mengikut apa yang dikehnedaki sebilangan pengundi. Penulis tidak mahu memperincikan masalah di Kemaman yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu tetapi penulis merasakan masalah dalaman ini perlu diatasi segera kerana sekarang sudah ada suara suara meminta PAS mengambil alih Parlimen Kemamam kedengaran. 
Masalah PKR bukan sahaja di Kemaman tetapi di lain lain daerah juga. Terdapat perebutan calon yang serius sehingga ada ahli jawatan kuasa bertanding sebagai calon bebas dan menyebabkan pertindihan calon yang tidak sepatutnya berlaku. 
Individu yang bertanggungjawab harus tampil membuat pengakuan dan menyerahkan semua urusan pentabdiran PKR kepada ketua baru mereka, YB Azan Ismai yang nampaknya disenangi ramai. 
PKR harus Terengganu harus mencontohi PKR Selangor tampil mengaku kesilapan mereka di Terengganu.
Sumber: Laman Pro PAS Terengganu - http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=print&sid=6617

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved