Khamis, 15 Ogos 2013

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Hikayat perut buncit: Saya Budak UiTM <b>Bukit Besi</b>

Posted: 24 Jun 2013 09:06 PM PDT

Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik dah 3 minggu bertapak di UiTM Kampus Baru.
Sebelum : Sebelum menetap di kampus baru ni, dah pernah pergi beberapa kali. Pergi 2 kali dengan family, dan 2 kali lagi bersama ahli ChESS dan JPK. Persepsi saya bila lihat je kampus ni, subhanallah, cantik, memang cantik, tapi saya dah menjangkakan yang kehidupan makan menjadi sedikit bosan sebab tempatnya agak terceruk, terpisah daripada segala kemudahan dan kemewahan.Tapi cuba ditenangkan hati yang resah ini dengan kata-kata 'tak apa, datang sini nak belajar.' Bila resah makin meningkat, 'tak apa, dah ada universiti nanti maju lah berperingkat tempat ni'. 
Minggu Pertama : Sampai je Bukit Besi, tempah bilik baru sebab bilik yang tempah haritu, bloknya diserahkan kepada pelajar lelaki kerana kebanjiran pelajar lelaki daripada kos kejuruteraan mekanikal. Bilik D210, ceh rasa bangga je bila selesai kemas bilik, dahlah bilik besar, susun bukan main comel lagi. 
Haha ya, memang banyak wara purple, sebab saya peminat purple! Hehehe... tapi bilik ni kejap je, esoknya pindah 'bilik bacaan' sebab pelajar perempuan pun banjir, maka kami yang memegang portfolio sebagai ChESS dan JPK perlulah berkorban duduk di bilik aras bawah, di bilik bacaan, bilik komputer, kedai dan pejabat. Yang ada pun cuma katil sahaja, tapi ada aircond lah! :) Sebab kan tak ada locker dan meja study, keadaan bilik, ala-ala rupa rumah sewa gitu. Mula2 macam tak suka jugak, tapi lama2 dah selesa dan biasa dah. 
Pengalaman pertama menguruskan pendaftaran kolej, Subhanallah, macam2 karenah yang saya jumpa, yang tak pernah jangka pun sesusah ini nak melayan para pelajar dan ibu bapa. 
Kes 1 : Pelajar selesai mendaftar dan dah diberikan kunci bilik. Dia dah pergi, tiba-tiba datang semula bersama bapanya. Bapanya pun tanya... "Emmm, saya nak bilik yang bawah sikit untuk anak saya boleh?" , "Kenapa ya cik, anak encik sakit?" , "Bukan, saya yang lenguh nak angkat barang dia." Hahaha macam-macam ...
Kes 2 : Pada hari pertama pelajar turun semula ke kaunter pendaftaran setelah mendaftar mengatakan, "Emmm saya tak boleh kena cahaya matahari la, saya nak tukar bilik" tapi pihak JPK rasa alasan tu tak relevan maka mereka pindahkan kedudukan katilnya. Pada keesokan hari, dia datang semula ke pejabat kolej bersama bapanya, meminta tukar lagi bilik atas alasan2 yang entah apa-apa. Haihh... ada juga type manusia yang suka menyusahkan orang lain macam ni.Maaf lah kalau apa yang saya cakapkan ini kasar, tapi selama ni saya lihat tak ada masalah pun apabila insan ini kena matahari, lawak jugak bila bagi alasan ala-ala Michael Jackson sebab nak tukar bilik.
Kes 3 : Pelajar ini telah pun mendaftar tetapi tak dapat sebilik atau dekat dengan 'geng' dia. Maka dia pun ke pejabat kolej mengharapkan ada bilik kosong berdekatan gengnya itu, malangnya tak ada. Habis dia mengamuk tak tentu pasal di pejabat kolej hari itu. Ya Allah, pening kepala layan... sabar jela
Hari ini : Alhamdulillah, dah 3 minggu berada di sini, dah terbiasa dengan keadaan di sini. Warga Bukit Besi pun Alhamdulillah, dah ramai yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk kemudahan para pelajar, bas UiTM pun disediakan pada setiap selasa dan rabu pagi untuk ke bandar Dungun. Pendaftaran Wifi pelajar sedang diuruskan. Pembaharuan demi pembaharuan sedang dilakukan. InsyaAllah, bakal lengkap segala keperluan kita nanti di kampus Bukit Besi ini.
Di sini, saya kongsikan beberapa gambar sekitar kawasan kampus dan berdekatan kampus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads