Khamis, 4 Julai 2013

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


Lembah <b>Setiu</b>: Jelapang padi wangi negara — LAMAN KL-TODAY <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2013 06:27 AM PDT

SETIU – Kerajaan negeri Terengganu bercadang untukmenjadikan Lembah Setiu sebagai jelapang padi wangi negara. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri Nawi Mohamad berkata kerajaan negeri akan berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi merealisasikan cadangan itu.

"Kita kena dapatkan persetujuan daripada menteri dulu sebelum cadangan itu menjadi kenyataan," katanya kepada Bernama selepas program Hari Ladang Padi MR253 dan MR263 peringkat negeri di Kampung Buloh Hilir di sini hari ini. Turut  hadir Pengarah Mardi negeri Hassan Said.


Nawi berkata kerajaan negeri akan cuba menanam beras wangi itu di luar kawasan jelapang terutamanya di kawasan Setiu bagi kepentingan generasi akan datang.

Beliau juga berkata kerajaan negeri akan mengutamakan penglibatan komuniti setempat dalam melaksanakan projek pertanian di negeri ini supaya mereka lebih bertanggungjawab dan mendapat faedah setimpal.

Sementara itu Hassan berkata Mardi memperkenalkan padi baharu iaitu MR253 dan MR263 di luar jelapang di Kampung Buloh Hilir Setiu sebagai menyokong usaha kerajaan meningkatkan pengeluaran padi di negeri ini.

Beliau berkata projek itu melibatkan kawasan seluas 10 hektar dan pada tahun depan pihaknya akan memperkenalkan satu lagi padi baharu iaitu MR269 di kampung berkenaan.

Katanya ketiga-tiga jenis padi baharu itu sebagai menggantikan padi MR219 yang hasilnya didapati mula menurun berbanding padi jenis baharu itu.

"Padi MR253 dan MR263 mampu memberi hasil sebanyak lima tan sehektar berbanding hasil padi MR215 bawah tiga tan sehektar," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads