Ahad, 9 Jun 2013

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


aku dan duniaku: PERCUTIAN <b>DI PULAU KAPAS</b>

Posted: 06 Jun 2013 10:40 PM PDT

Bismillahhirrahmannirrahim.... Salam Sejahtera.
Cuti sekolah kali ini agak panjang, selama 2 minggu. Cuti bermula dari hari Jumaat  (24/5/13) yg kebetulan jatuhnya cuti umum hari wesak. Musim cuti sekolah, ramai yg mengambil kesempatan membuat kenduri walimatul urus. Setiap hujung minggu ada saja jemputan, sehingga ada sampai tiga empat jemputan. Yg mana berhampiran dan kenalan dekat perlu diutamakan.
Pada 2/6/13 (Ahad) aku sekeluarga keluar rumah seawal jam 7.30 pagi untuk ke Kuantan sempena menghadiri satu jemputan perkahwinan, seorang sahabat Mr Hubby mengahwinkan anak mereka. Sebelum bertolak kami singgah di Taman Tun utk bersarapan.
Hari itu cuaca cantik. Langit cerah, panas memancar2. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke PDRM Logistik, Alor Akar Kuantan lebih kurang jam 12.30 tengahari.
Macam2 makanan ada dihidangkan.  Keluarga kami diantara tetamu yg terawal sampai.. hehehe.. Epul dan Ako tidak menyempat2 nak bergerak ke Pulau Kapas. Selesai makan, kami pun meminta diri dari tuan rumah walau pun tak sempat menunggu pengantin datang.  
Kami perlu sampai ke Jeti Marang dalam jam 5 petang. Perjalanan dari Kuantan ke Marang mengambil masa lebih kurang 3 jam.  Alhamdulillah, kami sekeluarga bersama keluarga kawan Mr Hubby selamat sampai ke Jeti Marang lebih kurang pukul 4.30 ptg.
Cuaca panas terik. Sementara menunggu ayah berurusan dgn orang bot, dua budak2 ini duduk berehat di but kereta.

Ibu juga tidak melepaskan peluang mahu merakamkan kenangan di Jeti Marang sementara menunggu bot datang... hehehe... Bukan sahaja anak2 malah aku juga tidak sabar2 mahu sampai ke Pulau Kapas utk menikmati suasana dan menghabiskan percutian kami di pulau itu selama 4 hari 3 malam.
Sebaik nampak kelibat bot, perasaan teruja aku membuak2. Ombak kelihatan agak bergelora.  Mungkin sebelah petang deruan ombak kuat dari waktu2 lain kut. Yg peliknya, kami tidak diberi jaket keselamatan utk dipakai. Bahaya betul. Keluarga kawan Mr Hubby mempunyai 3 orang anak2 yg masih kecil. Bot dahlah laju yg amat. Aku menjerit2 setiap kali bot melanggar ombak. Terasa bot melayang2. Memang seramlah masa tu. Anak kawan Mr Hubby yg paling kecil sampai menangis sebab ketakutan. Kesian dia.
Inilah bot laju yg kami naik. Pengalaman yg tak akan aku lupakan. Takut tapi seronok.. hehehe.. Mr Hubby dan anak2 mengejek dan memperli aku sebab menjerit2 sakan. Perjalanan dari Jeti Marang ke Pulau Kapas mengambil masa lebih kurang 10 minit saja tapi rasa mcm 10 jam.. hahaha..
Di sinilah kafeteria Kapas Island Resort sekali gus tempat mendaftar masuk

Dua beradik ini tidak sabar mahu check-in

Ini surau, di sinilah kami ditempatkan kerana semua chalet penuh.. hahaha.. pada mulanya anak2 mengeluh tapi bila dah tidur satu malam di situ, eh macam best pulak. Ruangnya luas dan aircond dia sejuk giler, kata Ako.
Belajar dan sewa peralatan diving juga ada disediakan di sini

Cuaca panas terik sebelah siang

Kami berendam tak hingat sampai tak kesah kulit dimamah terik matahari.. hitam pun hitamlah, yg penting enjoyyyy..



Sepanjang hari kami mandi laut dan bersnokeling juga



Tidak ada aktiviti lain di pulau ini, selain berkubang, makan dan tidur.. hehehe..
Aku, anak2 dan keluarga kawan Mr Hubby


Makanan di sini sangat2 mahal. Percaya atau tidak hanya bersarapan utk 6 org dewasa berharga RM60. Nak tau makan apa? Makan roti bakar je dan air sorang satu dan 3 set telor separuh masak. Makan tengahari kos dalam RM150, begitu  juga untuk makan malam. Makan nasi berlaukkan ikan, tomyam, telur dadar dan sayur. Kalau seminggu duduk sini, memang pengsan.


Hari selasa 4/6/13 adalah hari terakhir kami di Pulau Kapas.  Pukul 11.00 kami menaiki bot dari jeti Pulau Kapas dan selamat sampai ke Jeti Marang 10 minit kemudian.
Laut kelihatan tenang. Bot yg kami naiki tidak seperti sewaktu kami pergi ke Pulau Kapas. Tidak melompat2 dan aku tidak takut langsung walaupun aku berharap bot itu dipandu laju dan melompat2 melawan gelombang ombak seperti pengalaman kelmarin. hahahaha.. 
Selamat tinggal Pulau Kapas.
Kami sekeluarga tidak terus pulang ke KL, sebaliknya kami singgah bermalam di Kuantan. Kami selamat sampai Kuantan dalam jam 4 petang dan terus check in di sebuah hotel ditengah bandar Kuantan.
Petang itu, kami ke Taman Gelora yg letaknya hampir dgn IKIP.  Di situ buat pertama kalinya aku merasa Mee Calong yg dicadangkan oleh seorang kawan Mr Hubby. Rasanya seperti mee sup.  Rupanya mee calong ini begitu popular di sini.
foto ini hasil dari pak gugel ..
Malamnya pula kami menghabiskan masa di Kompleks Teruntum sebelum makan malam di Restoran Mail ikan bakar di Tanjung Lumpur.

Keesokan paginya, sebelum bertolak pulang kami singgah pula di Restoran D'Jelira yg terletak di Peramu. Nasi kerabunya memang sedap, belum pernah aku rasa nasi kerabu sesedap ini di KL. Nasi kerabu yg diletakkan campuran ulaman, sambal campur budu, kelapa sangai, daging salai dan ayam bakar, makan sepinggan kenyang sampai ke petang.
Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat sampai di rumah lebih kurang jam 1.30  tengahari.

Best Memorable Trip <b>di Pulau Kapas</b> | Atiqah Aiza

Posted: 01 Jun 2013 09:51 AM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kabare ya bapak-bapak dan ibu-ibu semua? Harap hepi-hepi belaka lah ya. Sebab Ieqa hepi sangat nak share wonderful moment Ieqa bercuti sakan di Pulau Kapas. Best sangat-sangat. Jom ikut Ieqa jom!!

Ieqa dengan kawan-kawan rumah Ieqa dah lama plan nak pergi ke Pulau Kapas ni.  Naik je sem baru ni, memang kitorang da target nak gi jugak even tengah pokai time tu. Try search bajet yang paling murah sekali, dapat jugak la trip paling murah, trip per day, RM80 sekepala,siap dengan bot pergi balik, lunch dan snorkelling. Kira oklah bagi kitorang yang excited nak ber-snorkelling even dengan bajet murah kan! hee

Dari Kuala Terengganu ke dah sampai pun kat Jeti Pulau Kapas di Marang. Take time dalam 30 minit nak ke sini.

Kitorang pilih Mak Cik Gemuk Resort banyak-banyak tempat, tempat ni lah yang ada sediakan pakej yang paling affordable wink wink wink >,<


Orait, da settle berurusan, we all ready wooohoooo!!

Yeayyyy dah sampai. Dari darat ke Pulau Kapas, take time dalam 20 minit. Tengok pantai dia, cantik kan! Biru je air dia memang memukau mata yang memandang heee..Kawan Ieqa cakap, orang panggil pulau ni Pulau Kapas coz pasir dia yang halus dan lembut je.. Yeker? tak caya, meh try rasa sendiri ye hee...

Sampai-sampai sini, tempat pertama yang kitorang gi haa tu, pondok yang warna-warni ni. Kat sini, kitorang akan jumpa abang hensem yang akan arrange aktiviti kitorang kat sini. Dalam kepala otak dah excited sannngggatt coz tak sabar nak senorkeling hehehe..

Actually, banyak gak aktiviti yang kita boleh buat... Tapi, memandangkan bajet kitorang kecik je kan, so paham-paham sendiri je heee.. Kat sini jugak kita boleh minta untuk ronda-ronda pulau, main bot laju, kayak, BBQ, memancing dan banyak lagi lah. Tapi sangat kesian kat kitorang coz amik pakej paling murah, means tak ada lah tempat nak lepak. Terpaksalah tumpang letak beg kat pondok warna-warni abang hensem ni huuu..




First-first sampai, kitorang snorkelling dulu. Pada mulanya abang tu macam tak nak bagi je kitorang snorkelling dulu, coz katanya pagi-pagi pantai keruh lagi, tak nampak dasar laut sangat. Tapi sebab masa kitorang singkat sangat, mujur ada pakcik yang sangat baik hati tolong bawakkan kitorang kat satu kawasan yang sangat cantik. Kat situlah kitorang snorkelling. Cantik sangat-sangat batu karang, ikan-ikan kat situ. Cam nak pegang je. Tapi sayang lak tak leh nak amik pic coz pakai kamera atas darat je bukan 'underwater'.. huuu..

Agak tak bernasib baik time kitorang pergi tu tengah musim obor-obor banyak.. Susah gakla nak bersnorkelling dengan bahagia. Apatah lagi bila sorang member Ieqa terkena obor kat kaki dia. Pak cik tu cepat-cepat curah air Coca Cola kat kaki dia. Kira ni satu petua la, air bikarbonat ni boleh kurangkan bisa obor-obor tu.

Disebabkan peristiwa tu, kitorang cam trauma gak nak snorkelling, so, kitorang just main-main kat area tepi pantai je. Cedeynya huwaaa!!!

Cun tak istana pasir kitorang?? Kreatif kan!! hahahahaa...

Ikan duyung yang terdampar menanti puteranya yang tak sampai-sampai kikiki...
Dalam pukul 4 petang tu, kitorang dah siap-siap bersihkan diri, solat zuhur dan kemas-kemas barang untuk balik. Sebelum balik, apa lagi snap situ sana sini la wee..

Bergambar ala-ala Next Top Model gitu heeee~
Lebih kurang pukul 5 petang tu, kami pun bertolak balik.. Sedih, macam tak puas lak nak have fun kat sini. Tak apalah ada rezeki datang lagi bukan jauh pun kan, janji ada BAJETT!!
On the way balik, sempat lagi berlumba dengan bot sebelah haha..


OK, at last tercapai gak nak pergi Pulau Kapas. Lepas ni nak plan ke Pulau Redang lak yeay bestnya tak sabar huuu.... 
Jom join Ieqa travel situ sana sini di Travelog Ieqa Swetluv (link)
katakan like jika best ya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads