Khamis, 13 Jun 2013

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


<b>Marang</b> Bakal Jadi Kawasan Lembah Madu <b>Di</b> Terengganu | BLOG <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2013 01:49 AM PDT

KUALA TERENGGANU,  10 Jun (Bernama) — Satu kawasan di Marang akan dijadikan pusat ternakan lebah madu dalam masa terdekat oleh Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha membangunkan tanah-tanah terbiar di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahan Perladangan & Komoditi negeri Nawi Mohamad berkata kerajaan negeri akan menjadikan kawasan hutan di belakang Pejabat Penjara di Pulau Kerengga di Marang sebagai Lembah Madu.

"Ini adalah antara beberapa cadangan di bawah jawatankuasa pertanian yang baru selepas PRU-13 yang kita akan laksanakan," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama pengerusi anggota jemaah pengarah dan pengurus besar Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri Shamsuddin Mat Rani di sini Isnin.

Dalam perkembangan lain, Nawi berkata kerajaan negeri mungkin menswastakan padang ragut kepada mana-mana agensi ataupun syarikat individu yang mempunyai kawasan ternakan terhad untuk khidmat menjaga lembu jika perlu.

"Kita mahu pastikan tanah-tanah di bawah jagaan Jabatan Veterinar negeri digunakan sepenuhnya untuk pengeluaran daging lembu pada masa akan datang memandangkan permintaannya sudah tidak mencukupi di negeri ini," katanya.

Beliau berkata jawatankuasa pertanian juga akan memastikan pengeluaran daging lembu mencukupi di negeri ini terutamanya menjelang musim perayaan.
– BERNAMA

You can leave a response, or trackback from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads