Jumaat, 28 Jun 2013

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


PANAS!! 3 Penjuru <b>di Kuala Besut</b>.. PKR sedia ketengah calonnya..

Posted: 27 Jun 2013 08:03 PM PDT


Kekosongan kerusi Dun Kuala Besut menarik perhatian parti politik di negeri ini termasuk PKR, apabila kepimpinan parti di peringkat negeri menyatakan kesediaan kemuka calon bertanding.

Kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar, menyaksikan Terengganu sekali lagi menjadi negeri pertama yang akan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) selepas PRU13, 5 Mei lalu.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah Ismail.

"Saya yakin Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ," katanya.

Dengan kelebihan dua kerusi diperoleh BN berbanding pembangkang pada PRU13 lalu, Azan tidak menolak keadaan itu akan menjadikan kedudukan BN agak genting.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis rasmi daripada Yang Dipertua Dun Terengganu, Mohd Zuber Embong, berhubung kekosongan kerusi itu.

BN dan PR masing-masing akan berhempas-pulas untuk menang di Dun Kuala Besut. Bagi BN, kekalahannya di Kuala Besut akan meletakkannya seri 16-16 dengan PR.

Selepas PRU13, BN menang 17 kerusi Dun, sementara PR mempunyai 15 kerusi. Azan berkata, perkara itu perlu segera agar urusan pentadbiran portfolio Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri disandang Allahyarham Dr A Rahman tidak tertangguh.

"Urusan pentadbiran berkaitan portfolio akan tergendala. Jadi, kerajaan negeri dan SPR perlu ambil tindakan segera untuk selesaikan kerana kedudukan sekarang 16-15," katanya ~ SinarHarian

Hmmm.. bagus juga cadangan ni..

Kalau nak teruskan juga aku cadangkan semasa penamaan calon tu calon PKR gunakan AMK untuk menghalang calon PAS dari masuk kedewan untuk penamaan calon macam yang dilakukan oleh Ketua Pemuda PAS di Sungai Acheh hari tu..

Calon PKR datang lewat sikit masa hari penamaan calon tu.. dah tu wakil PKR yang ada dalam dewan tu pura-pura terkejutla bila calon PKR masuk ke dewan..
Lepas tu semasa tempoh berkempen gerakkan semua Wanita PKR untuk turun berkempen dari rumah kerumah sama macam yang dilakukan oleh Ketua Pemuda PAS di Sungai Acheh..

Semasa Wanita berkempen tu, Pengerusi Perhubungan Negeri duduk dalam kereta perhatikan mereka..

Billboard kempen buat besar-besar dah tu dirikan sebelah Billboad Barisan Nasional biar semua pengundi keliru.. ini pun belajar dari apa yang dilakukan oleh Ketua Pemuda PAS di Sungai Acheh juga..

Kalau Presiden larangpun redah saja larangan tu.. teruskan juga sebab gaji bagi ADUN ni leh dari RM4000.00.. banyak tu.. kalau takut nak redah, tak apa.. aku boleh tolong bercakap dengan Presiden..

Takkan kita langgar arahan Presiden tu dikira salah kot??.. Yusni Mat Piah boleh takkan kita tak boleh?

Jika semua tindakan di atas dianggap bertentangan dengan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat mengapa hingga kini PAS Pulau Pinang masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Ketua Pemuda nya si Yusni Mat Piah????

Kalau dah lupa apa mamat tu dah buat di Sungai Acheh sila baca di SINI dan berapa harganya lihat di SINI

Analisis: Pertembungan getir <b>di Kuala Besut</b> - Utusan Online

Posted: 26 Jun 2013 10:29 PM PDT

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB

KUALA TERENGGANU - Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pastinya bakal merasai suasana sambutan Aidilfitri lebih awal atau lebih panjang tahun ini, jika pilihan raya kecil (PRK) diadakan dalam bulan Ramadan atau Syawal.

Kerusi DUN berkenaan ditakdirkan kosong semula hanya selepas lebih sebulan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berlalu apabila penyandangnya, Dr. A Rahman Mokhtar,55, meninggal dunia pagi semalam dan PRK akan diadakan dalam temph 60 hari.

Seminggu sebelum meninggal, Allahyarham yang begitu disenangi penduduk masih meneruskan tugasan akhirnya dengan menyertai sidang Dewan Undangan Negeri biarpun menyedari kesihatannya sudah cukup kritikal ketika itu namun disembunyi kepada umum.

Malah beliau masih ingin mencari kesempatan akhir untuk menemui rakyat di kawasannya dalam satu majlis meraikan kemenangan Barisan Nasional ketika sepatutnya sudah menerima rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dengan pengawasan penuh oleh pakar.

Sudah menjadi resam agak 'kejam' dalam politik apabila saat seorang wakil rakyat tenat dan disusuli kematian, soal PRK akan lebih diperkatakan umum.

Pemergian Allahyarham yang memaksa berlakunya PRK pertama selepas PRU-13, merancak permainan politik dengan gendangan yang terus bergema dan tidak berkesudahan di negara ini selepas pilihan raya umum apabila terus diheret berpanjangan oleh pembangkang yang merasa mereka berhak menang.

Sama ada anda berasa cukup jelak, cuak dengan sinario permainan para pemimpin politik yang berterusan mengejar kuasa kini yang mencetuskann fenomena jauh lebih membimbangkan berbanding jerebu, anda terpaksa menerima keadaan ini.

DUN Kuala Besut meliputi kawasan lingkaran pantai dan pulau.

Allahyarham anak Pulau Perhentian dan mengakhiri hayatnya sebagai pemimpin di kawasan tanah besar dan pulau yang mempunyai tautan kuat dengan kehidupannya selama dua penggal.

Jika disorot seimbas lalu, sememangnya Kuala Besut boleh dianggap kawasan kubu UMNO dengan rekod pencapaian PRU 2004 memperlihatkan ia menguasai 60 peratus undi manakala 61 peratus pada 2008 dan 58 peratus dalam PRU 2013.

Penguasaan UMNO ternyata kekal pada tahap seimbang sepanjang tiga penggal PRU di kawasan yang pengundi Melayunya mencecah hampir 99 peratus namun semua itu bersandarkan perjalanan

PRU-13 dan sebahagian rekod khidmat Allahyarham

Kuala Besut di kawasan tradisional Melayu dilihatkan sebagai salah satu medan pertembungan sebenar antara dua parti, UMNO dan Pas untuk menentukan pengaruh di kalangan kaum yang diwakili, bukannya Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.

PRK kali ini cukup besar maknanya bagi kedua-dua parti di negeri ini walaupun tidak merubah apa-apa di peringkat negara dan dibayangkan menjadi cukup getir kerana bakal menentukan masa depan kerajaan BN di negeri ini yang cuma kekal berkuasa selepas PRU dengan kelebihan dua kerusi.

UMNO mesti mengekalkan kelebihan itu untuk memastikan kerajaan tidak goyah dan dalam keadaan tidak menentu kerana jika kedudukan kerusi seimbang 16-16, buat pertama kalinya kedudukan DUN akan tergantung tanpa sokongan majoriti.

Ini pula kesempatan paling berharga buat Pas yang masih ghairah mengimpikan untuk kembali berkuasa setelah disingkirkan rakyat setelah sepenggal diberi kepercayaan dan cuma memerlukan tambahan sekitar 8 peratus undi untuk memenangi majoriti mudah.

Parti itu juga telah mengemukakan petisyen bagi membantah keputusan bagi kerusi DUN Kuala Besut dan Kuala Berang yang memuncakkan lagi harapan mereka.

Kekosongan yang berlaku mempercepatkan semula peluang Pas untuk kembali berkuasa tanpa perlu menunggu sepenggal lagi kerana jika berupaya menguasai Kuala Besut, kemungkinan DUN boleh dibubarkan dan membuka ruang pilihan raya semula di peringkat negeri.

Ini bagaikan pertembungan antara hidup dan mati dengan kedua-dua belah pihak pastinya akan berhempas pulas dengan mengumpulkan kekuatan jentera parti dari seluruh negara untuk memastikan kemenangan.

PKR kali bukan sekadar suatu pertembungan yang mungkin melebarkan lagi perpecahan umat Islam dan Melayu malah menentukan nasib negeri dan rakyat Terengganu. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads