Ahad, 2 Jun 2013

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


LPT fasa 2 dari <b>Jabor</b> ke utara Kuala Terengganu siap hujung 2014 <b>...</b>

Posted: 27 May 2013 04:06 AM PDT

KUALA TERENGGANU 27 Mei – Kesemua 16 pakej fasa dua Lebuh Raya Pantai Timur (LPT 2) dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya akhir tahun depan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata sehingga kini, sembilan dari 16 pakej LPT 2 telah siap.

"Kita tahu rakyat pantai timur meletakkan harapan lebuh raya ini siap dengan kadar segera.

"Kami harap dapat menyelesaikan permasalahan bahagian kontraktor yang lambat menyiapkan kerja serta kami akan mencari jalan bagaimana dapat membantu memastikan kerja disiapkan pada tarikh yang disasarkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Plaza Tol Kuala Terengganu yang belum dibuka secara rasmi kepada awam serta meninjau kerja di sepanjang lebuh raya sehingga ke Plaza Tol Bukit Besi di Dungun.

Ini merupakan lawatan kerja pertama Anggota Parlimen Petra Jaya itu ke Terengganu setelah dilantik Menteri Kerja Raya selepas pilihan raya umum lepas.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Ir Rosli Othman.

Sambil memberi jaminan bahawa beberapa masalah pembinaan lebuh raya itu telah diatasi pihak pelaksana, Fadilah berkata, kawasan yang bermasalah tidak banyak.

"Kalau terkebelakang pun hanya 0.3 peratus hingga 3 peratus sahaja kelewatan masa," katanya.

Beliau berkata, pakej melibatkan laluan Bukit Besi ke Paka dijangka siap akhir tahun ini setelah JKR meminta kerja-kerja menyiapkan lebuh raya di kawasan itu dipercepatkan.

Projek LPT 2 sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor, Kemaman ke Kampung Gemuruh, bahagian utara Kuala Terengganu merupakan kesinambungan projek LPT Fasa 1 iaitu dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang dimulakan pada Mac 2006 dengan anggaran kos awal projek RM3.7 bilion.

Projek itu terbahagi kepada 16 pakej iaitu 15 pakej dilaksanakan Jabatan Kerja Raya yang ditawarkan secara tender terbuka konvensional dan satu pakej lagi secara rundingan terus dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Projek yang sepatutnya siap pada akhir tahun 2010 itu bagaimanapun mengalami masalah apabila beberapa kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan kerja mengikut jadual yang ditetapkan berikutan masalah kenaikan harga barangan pembinaan di pasaran. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads