Sabtu, 4 Mei 2013

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


LKIM Terengganu Bina Rumah Nelayan <b>Di Setiu</b> | Terengganu Today

Posted: 22 Jan 2013 12:02 AM PST

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) cawangan Terengganu sedang mengenal pasti lokasi sesuai di Setiu untuk membina 300 rumah bagi projek penempatan semula nelayan miskin di negeri ini.

Pengarahnya Mohd Saffe Mohd berkata proses rundingan dengan kerajaan negeri dan beberapa jabatan kerajaan berkaitan sedang dijalankan bagi menyediakan rumah yang lebih selesa kepada nelayan.

"LKIM akan sediakan peruntukan untuk membina rumah nelayan manakala penyediaan kemudahan infrastruktur lain akan disediakan kerajaan negeri. Projek ini bertujuan memberi peluang nelayan miskin untuk memiliki rumah sendiri yang lebih selesa," katanya pada sidang media selepas penyerahan elaun sara hidup bulanan kepada 450 nelayan di sini pada Isnin.

Majlis itu disempurnakan Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Sehingga kini, katanya projek penempatan semula nelayan telah dilaksanakan di Kelantan melibatkan seramai 300 nelayan miskin tegar di Pasir Puteh yang dipindahkan ke kawasan penempatan baharu di Tok Bali, tahun lalu.

Beliau berkata di bawah skim penempatan semula itu, keutamaan akan diberikan kepada nelayan miskin yang belum memiliki rumah sendiri, mendiami rumah yang uzur atau menumpang bersama keluarga.

Katanya kawasan perumahan itu bakal dilengkapi pelbagai kemudahan asas dan nelayan yang ditempatkan di situ juga berpeluang menambah pendapatan dengan mengusahakan perniagaan kecil-kecilan berasaskan ikan.

LKIM juga katanya memperuntukkan sebanyak RM9.5 juta untuk projek khas perumahan nelayan di Terengganu bagi membaiki dan membina 1,068 buah rumah nelayan sepanjang tahun lalu.

"LKIM telah membaiki bahagian rumah yang uzur dengan kos maksimum RM10,000 manakala kos pembinaan rumah baharu di atas tapak sedia ada ialah sebanyak RM40,000 yang diharap dapat membantu nelayan miskin tinggal di rumah lebih selesa," katanya.

– BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads