Jumaat, 3 Mei 2013

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


Perkampungan Nelayan <b>Seberang Takir</b> | DrPlaces

Posted: 27 Sep 2010 07:15 AM PDT

Perkampungan nelayan Seberang Takir terletak bersebelahan pinggir bandar Kuala  Terengganu yang di pisahkan oleh sebuah sungai dan muara. Jika anda berada di sekitar Pasar Payang dan Bazar Warisan perkampungan ini jelas kelihatan tidak jauh dari situ. Ada dua cara untuk ke perkampungan ini samaada melalui jalan darat ataupun jalan air dengan menaiki bot penambang. Bot penambang sudah sinonim dengan penduduk Seberang Takir kerana ianya adalah pengangkutan air yang sering digunakan untuk ke Kuala Terengganu terutama Pasar Payang kerana jaraknya adalah lebih dekat berbanding jika melalui jalan darat. Dengan tambang sebanyak RM1.00 bagi perjalanan sehala, anda boleh merasai bagaimana menaiki bot penambang dan melihat kehidupan penduduk kampung disini.

Apa yang menariknya di Seberang Takir?

Disini anda akan merasai suasana yang berbeza dengan bandar Kuala Terengganu. Walaupun sudah banyak perubahan berlaku di perkampungan nelayan ini namun sisa-sisa kehidupan tradisional masih dapat dilihat disini. Saya sarankan supaya anda mengunjungi perkampungan ini pada sebelah pagi kerana ketika ini banyak aktiviti harian penduduk disini berlansung. Anda akan dapat melihat secara lansung bagaimana kerepok lekor Seberang Takir dihasilkan bermula daripada proses menyiang ikan sehinggalah siap kerepok dimasak. Anda juga boleh membeli kerepok lekor atau kerepok keping secara terus daripada pembuat kerepok disini. Jika anda perhatikan di Pasar Payang, hampir 80% kerepok lekor yang dijual adalah dihasilkan dari pengusaha-pengusaha kerepok lekor Seberang Takir.

Disatu sudut lain pun proses membuat ikan bilis, membuat ikan kering, membuat belacan boleh anda terokai satu persatu. Jika anda seorang yang berminat dengan fotografi, banyak gambar-gambar menarik boleh dirakam disini. Tidak hairanlah jika anda bertemu dengan kumpulan-kumpulan fotografi yang sedang merakam gambar disekitar perkampungan ini.

Terdapat juga satu tempat yang membuat batik blok secara tradisional. Mungkin sebelum ini anda tidak pernah melihat bagaimana kain sarung batik dihasilkan, ambillah peluang ini untuk melihat dengan lebih dekat lagi. Terdapat juga kedai berdekatan yang menjual kain-kain batik yang sudah siap untuk anda beli dan bawa pulang.

Selepas penat menjelajah dari satu tempat ke satu tempat anda boleh singgah di warung-warung berhampiran untuk membasahkan tengkuk. Menikmati air batu campur bersama kerepok lekor goreng sambil di hembus angin Laut China Selatan akan menjadikan perjalanan dan percutian anda ke perkampungan ini sesuatu yang tidak boleh dilupakan.

Nota : Oleh kerana buat masa ini jeti bot penambang Kuala Terengganu berhadapan dengan Bazar Warisan sedang dinaik taraf, terdapat satu jeti sementara berhadapan dengan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Terengganu bersebelahan jeti ke Pulau Redang dan Restoran Terapung Puteri.

Attractions

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads