Khamis, 9 Mei 2013

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


<b>Rantau Abang</b> | DrPlaces

Posted: 20 Sep 2010 02:00 PM PDT

Rantau Abang sememangnya terkenal sebelum ini dengan kedatangan penyu dari spesis belimbing (dermochelys coriacea) untuk bertelur sekitar tahun 80an dan masuk ke tahun 90an sehingga ini kedatangan penyu ini semakin kurang dan hampir  tiada lansung.

Cuma baru-baru ini terdapat seekor penyu belimbing yang dikatakan menetas di pantai ini 30 tahun lepas kembali ke tempat lahirnya untuk bertelur. Namun begitu walaupun pantai ini sudah agak sunyi dengan kunjungan sang penyu tetapi ianya tetap menjadi pilihan untuk anda berehat dan beriadah bersama keluarga. Terdapat beberapa chalet berdekatan pantai ini yang boleh menjadi pilihan jika anda memilih untuk  bermalam seperti chalet De Teratai Beach.

Di sekitar Rantau Abang anda boleh mengunjungi Pusat Penerangan Penyu dan galeri Pusat Penyu yang boleh menambah pengetahuan anda tentang hidupan marin yang pernah menjadi tetamu istemewa di pantai ini satu ketika dahulu dan jangan lupa juga ke Bukit Che Hawa bagi melihat batu ibu penyu di mana terdapat struktur batuan yang meyerupai seekor penyu dengan pelbagai mitos yang boleh anda dapati daripada penduduk kampung berhampiran.

Attractions

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads