Rabu, 22 Mei 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


tiada cacatnya kepimpinan <b>kuala terengganu</b>...apa sebenarnya <b>...</b>

Posted: 18 May 2013 10:14 PM PDT

Sudah hampir 2 minggu piliharaya berlalu..... selama 2 minggu itu, otak berputar ligat mencari sebab dimana silap kepimpinan di Kuala Terengganu sehingga kena katok 0 - 5. Angin sebagai pemerhati sentiasa mengikut perkembangan pemimpin di Kuala Terengganu. Tiada cacat cela nya. Tiada sebab mengapa rakyat menghukum Kuala Terengganu sebegitu rupa.

Sejak PRK 2009, belajar dari kesilapan lalu kepimpinan UMNO Kuala Terengganu rasanya telah cuba sedaya mungkin untuk mengubati luka setiap rakyat di sini.
Selama 4 tahun itu, kepimpinan keluar masuk kampung mencari mana yang perlu di bantu, mana yang perlu dibaiki, bertemu di kedai-kedai kopi. Jika tidak dapat disampaikan sendiri, di minta wanita, pemuda atau puteriyang tolong hantarkan.

Namun akhirnya pada 5 Mei lalu, rakyat membalas segala kebaikan kepimpinan UMNO dengan kekalahan yang memalukan. Hadiah yang paling buruk dalam sejarah pilihanraya di Kuala Terengganu.
Apa lagi sebenarnya yang dimahukan oleh pengundi di Kuala Terengganu agaknya? 
Persoalan itu Angin utarakan kerana Angin yakin pengundi di sini sedar bahawa pembangkang tidak akan dapat memerintah Terengganu (mungkin jika dapat perintah senario akan berubah). Pengundi juga telah mengalami sendiri bagaimana YB pembangkang yang menang di Batu Buruk, Ladang dan Wakaf Mempelam dalam PRU12 lalu dan YB PAS yang menang dalam PRK 2009 Kuala Terengganu hanya keluar dari kepompongnya semasa ketibaan pilihanraya sahaja.
Mereka tidak bersedia untuk membantu pengundi itu sendiri. Mereka hanya menerima elaun bulanan setiap bulan tanpa membuat apa-apa untuk pengundi.
Apa sebenarnya yang menarik sangat sehingga pengundi begitu ralit dengan memangkah pembangkang? Persoalan itu yang sering bermain difikiran Angin.
Angin cuba mendekati beberapa pengundi di Kuala Terengganu. Angin kenali mereka sebagai pengundi "atas pagar". Bertanya kepada mereka mengapa Barisan Nasional kalah begitu teruk di Kuala Terengganu.
Salah seorang dari mereka mengatakan bahawa Kuala Terengganu menjadi mangsa kepada keadaan. Kuala Terengganu adalah tempat anak muda mencari hiburan dan mencari kawan. Beberapa program yang diadakan oleh pembangkang telah berjaya menarik rakan-rakan sebaya mereka untuk bersama. Contoh yang paling ketara ialah apabila pembangkang mengadakan konvoi bermotor secara beramai-ramai dengan membawa bendera PAS sekeliling bandar. 
"Orang kita memang suka mengikut, bila tengok budok-budok laing duk bowok bendera PAS, dia pun ikut retek, ikut tu sampai ke hari mengundi... nye pakak undi PAS r.... dia dok kite doh YB hok dia pilih kekgi wak keje ke dop, janji dia suke".
Mungkin ada kebenaran dengan apa yang dikatakan oleh pengundi itu. Namun yang lebih menarik ialah jawapan rakan beliau. Katanya PAS menawarkan sesuatu yang sangat luar biasa. Tidak mampu di tawarkan oleh Barisan Nasional. 
"Air percuma, hapus PTPTN, tiada cukai pintu, RM1000 kepada pasangan yang nak berkahwin, wang kepada warga emas, harga minyak turun.... itu kan menarik minat pengundi?. Aku pun nak...semua bleh dapat free..... BN bleh bagi apa? Tak cukup dengan BRIM dan dana raya tu.... rakyat nok lebih lagi... nok tak, sibuk nak bagi duit pada persatuan belia.....siapa yang dapat nikmatnya?... asyik baham ke jawatankuasa dia jer..... lepas tu duk sibuk pasal kenyir nok wat comel..... sape hok boleh untungnya kekgi?? last-last hok sedap kekgi orang kaya doh...bleh gi cuti dinung, orang-orang hok niaga doh....buleh buka niaga situ.... doh kita orang kampung ni bleh mende nya?? chu beri hok sampai terus ke kita ning... baru orang suke".
Pening juga Angin fikirkan apa yang pengundi ini kata...
Namun dari perbualan kami, Angin dapat rasakan memang benar tiada cacat celanya pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di Kuala Terengganu. Tidak ada satu pun diantara mereka yang cakap tentang keburukan peribadi kepimpinan di sini. TIDAK ADA!!.
Mungkin benar.... Kuala Terengganu menjadi mangsa keadaan dan pengundi begitu tertarik dengan tawaran yang dibuat oleh pembangkang yang tidak mampu dilakukan oleh Barisan Nasional!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads