Ahad, 19 Mei 2013

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


Diary of Muhammad: The Birth of Maryam, Homebirthed <b>di Kerteh</b> :D

Posted: 14 May 2013 11:30 PM PDT

Alhamdulillah adik baby telah dilahirkan pada 23 March 2013. Nak kejar jumpa ehem ehem kat Shah Alam sebenarnya :P Nak kenal lah kan. Ehem ehem tu sapa? Tunggu bulan 8 kitorang reveal. Keh3.
Sebenarnya mucus plug dah lama discharged. Dalam a week before. Masa mucus plug discharged, ada kat Shah Alam. So overnight kat Shah Alam one more night, ingatkan bersalin malam tu. But takde pape pun. Surges pun biasa- biasa je. So the next day kitorang balik la Kerteh. Shah Alam is my parents' home
Come Thursday. Malam tu ajak hubby dan Muhammad jalan- jalan. Memang surge datang, tapi takde pape pun. Sila percaya, gambar di bawah adalah saya dah 38 weeks. Makan ice cream nak induce baby. Nampak je kurus konon. Pandangan sisi amatlah berisi. Tak caye leh tanya Huda Mazan. Dia sendiri terkejut tengok perut saya macam bola. Haha. Lagi besar dari masa pregnant Muhammad.
Jumaat, kitorang sambung jalan kat Mesra Mall. Nak kejar hari Ahad nih! Dan setiap kali surge tu, minta hubby check 'purple dilation' dan bukaan. Dan syukur masa ni hubby cakap ada nampak progress. Ingat kan lepas solat Jumaat bersalin, tak jugak. So petang tu sambung jalan lagik. Aduss. Penantian adik baby.
Malam tu dah rasa nak give up. Haha. Surge memang ada, tapi cam rasa, bukan biasa ke surge datang. Heh. Pastu minta hubby beli jus nenas fresh. Kemain lagik nak adik baby keluar.
Intensity increase at 9.45pm+ Start dari tu mula rasa, ok kot, tak lama lagi bersalin kot. Mengharap. Hubby masa ni selsema. Shian hubby. Muhammad pulak dok jerit- jerit main sana-sini. Nak time, tengok interval 10 minit. Hmmm.. antara yakin tak yakin je adik baby akan keluar malam ni.
Tapi saya dok lah melayan surge, layan je lah kan. Sambil berharap akan bersalin. 
Mula-mula posisi baring. Tapi sebab saya belajar posisi baring adalah the worst position to give birth, maknanya kalau baring ni, sah-sah baby susah nak keluar. Jadi saya cuba untuk berdiri, duduk, etc. Masa nak bersalin ni lah semua malas datang, termasuk malas nak buang air kecil. Haha. Memang masa bersalinkan Muhammad pun rasa malas ni datang. Nak buang air, tapi cam lagi selesa baring melayan surge.
Tapi daku paksa juga diri pergi bilik air, sebab belajar kalau kerap buang air, mudah nak bersalin. Masa dalam bilik air, masa basuh tangan kat sink, rasa lega berdiri. Tapi terpk, takkan nak bersalin dalam bilik air. Takmo lah. Haha.
Dan jam-jam berikutnya saya memang macam kucing beranak. Hahahahaha. Dok cari posisi mana sesuai, cari tempat mana yang selesa. Itu lah kelebihan homebirth, kita boleh jalan merata sebab ini adalah rumah kita. Ikut suka lah nak tiba-tiba lean against sofa kat depan. Or tiba-tiba baring kat bilik lagi satu. Or tiba-tiba rasa nak lepak jap kat hall tengah. Haha. Memang freedom of choice betul. Pastu ikut suka kita nak ease rasa surge tu macam mana. Kitorang ada try rebozo. Eh betul lah rasa lega, rasa tense surge tu berkurang.
Tapi oleh kerana hubby selsema, dia tend to feel sleepy, saya pun tengok jam progress macam slow, walaupun everytime surge datang, intensity tinggi dan surge boleh tahan lama, saya cadang tidur kat bilik lagi satu. Memang ngantuk melayan surge nih. Masa ni Muhammad tido kat the other room.
Saya sangat terngiang- ngiang kata-kata geng homebirth, when you feel you cannot take it anymore, then it's time for the baby to come out. Yes, i did felt that way masa saya feel sleepy. Ya rabbi surge nya masa penghujung rasa sangat unbearable. Plus i did not practice enough the breathing part, hah, selamat lah. Haha. I kept on saying, 'Tolong saya, Ya Allah.'
But back in my head, saya still rasa, betul ke dah nak bersalin ni. Bukan ke kalau dah nak bersalin, kita dah tak boleh nak cakap, cannot utter a word, tak boleh nak pk apa dah. Minta hubby check dilation, hubby kata tak nampak pun mcm 10cm. Masa ni Muhammad dah macam terbangun, so hubby entertain Muhammad. Dalam pukul 1 kot masa ni.
Then saya rasa macam nak masuk toilet. Sebab the last time I went to the loo, rasa macam selesa sikit. Agaknya sebab air kot, bila alirkan air atau just rasa air lalu kat kaki pun dah rasa lega. Tapi saya pulak takmo waterbirth. Sebab banyak songeh la, nak kena tukar air lah, pam pool lah. Malas.
Bila masuk je dalam toilet, tiba-tiba gushhhh, terasa air ketuban pecah!! Keluar air jernih dan sikit darah. Stilllll!!! Saya rasa, what is this? Saya still rasa, lambat lagi ni nak bersalin ni. Ye lah, sebab I still can walk around, I still can talk, I still can think, hahaha. Orang yang nak dekat bersalin kan biasanya macam dah lupa dunia lah, boleh kata gitu :P >> Itu masa bersalin Muhammad.
Tapi oleh kerana air ketuban dah pecah, saye mcm excited, jerit panggil hubby. And then, I started to be on my hands and knees. I did not practice this position, i did not even have a thought that I would be in this position. Betul lah diorang cakap, just follow your body and your baby. tubuh kita akan guide kita which position best to give birth. Dear God, sungguh saya tak sangka saya AKAN bersalin on that time!! On hands and knees ni bukan mencangkung. Tak jumpa pula gambar google...
Masa ni, rasa dah macam nak ter buang air besar, versi sembelit keras. Boleh fikir lagi ni, betul ke dah nak bersalin. Tapi rasa macam sembelit adalah salah satu petanda. Tapi, betul ke? 
Oleh kerana x percaya saya akan bersalin kejap lagi, saya pun assume maybe saya sembelit, maybe just nak buang air besar je, so takpa lah atas lantai, sat lagi kita cuci. Teran punya kuat, apesal tak keluar-keluar ni? Teran sungguh-sungguh, pun tak berjaya. After few teran, only then I can accept the fact, maybe, MAYBE, baby dah nk keluar. Tapi kalau baby tak keluar lagi pun, it's just fine with me.
Masa ni hubby dok guide, jangan teran, breath out. Breath out je, kang koyak kalau teran. Ok. So lepas letih teran tapi takda hasil, saya start breath out. How? Breath in kejap, then breath out reaaallllly hard! Bukan teran ya. Let loose your jaw, let your body loose. Even tangan pun tak boleh genggam. Ni semua belajar dalam class & discussion kat group :D Kalau kita dok ketap bibir, genggam tangan, nanti muscle yang bekerja untuk keluarkan baby pun akan jd keras dan proses baby lahir akan jd lambat.
Dan my breathing out berhasil!!!!! Masa ni memang sungguh sungguh tak percaya!! This is the first time I breath out the baby, terasa, ehhhh, ada rasa cam sesuatu lah!! Excitedddd =D
Yes, I felt the ring of fire, rasa pijar., tapi still macam tak caye!!! Boleh lagi tu tanya hubby, kepala baby dah keluar ke? Masa tu saya dalam toilet, hubby kat pintu toilet sebab nak kena entertain Muhammad lagik. Haha. Muhammad takmo tengok
Slowly kepala baby keluar, and yes, i touched her head, her hair! :') Still in disbelieve!!! Tak dengar baby nangis. Tanya hubby, dah keluar habis ke kepala dia? Hubby cakap 'Aah' Saye tanye lah, apsal x nangis, xdengar suara pun. Hubby ckp 'Dia tgh tidur.'
Haa? Tidur masa keluar perut? Macam tak percaya!! Oh kalau ambil video boleh saya tengok detik-detik adik baby lahir... Saya xdpt tengok sebab dia keluar ke arah belakang, if only I can show how. Huhu.
Ok, Masa ni adik baby tersekat je kat situ. Macam tak caya ni, betul ke kepala adik baby keluar ikut situ. Eh betul ke. Then saya teruskan breath out, breath out real hard! Then badan dia pulak keluar, masa ni lah baru dengar adik baby menangis. Which later hubby beritahu, cantik sangat masa dia keluar, gaya rama-rama tangan dia. At first tangan adik baby folded in, macam bersilang, then bila keluar badan sepenuhnya, tangan dia free, itu yang dia start menangis. 
Masa ni kaki belum keluar, tanya hubby xleh tarik ke. Hubby ckp takleh. Baby dah start menangis. Haha. Then ada rasa macam apa ek, I was pushed to the front, adik baby nak keluar, then saya rasa macam badan saya tertolak ke depan, force adik baby untuk keluar sgt kuat, bukan saya yang teran, tapi body dia sendiri macam dah ter program untuk keluar sendiri, dia sendiri wujudkan daya tolakan tu. I just need to breath out, dan baby keluar sepenuhnya!!! =D
Mula- mula hubby pegang adik baby. Kuat adik baby nangis. Then bila bagi kat saya, terus dia senyap. Ekkk, cemana dia kenal mak dia, padahal baru je keluar perut. Keluar perut pun, jumpa abi dia dulu. Subhanallah maha suci Allah yang programkan baby supaya kenal mak dia terlebih dahulu. Even bapak baby pun, baby takes time untuk kenal...
Adik baby was fully covered with vernix. First time saya rasa texture vernix. Dia putih creamy, oily, greasy. Sangat susah untuk di basuh., lalukan air pun, mcm air curah atas daun keladi gitu. Vernix ni lah yang protect baby dalam rahim. Kan baby dalam rahim duk dalam air. Dia protect supaya kulit baby x rosak dek air ketuban dalam rahim. Bau vernix ni wangi, ye lah bau baby, masa pegang vernix teringat lotion yng sapu kat kulit baby. Vernix bantu melembapkan kulit baby. Rasa xda lotion yang blh imitate vernix. Huhu. Best sungguh tengok.
Then duduk atas kerusi dalam toilet, enjoying the moment sambil tunggu placenta keluar. Masa ni ada cuak sikit, sebab dok dengar cerita ada yang kena tunggu 4-5 jam, ada yang kena tunggu satu hari, untuk placenta keluar. Tak boleh tarik tau walaupun tali pusat kat luar. Kalau tarik, ada risiko tumpah darah, placenta tak cantik, etc.
The baby didnt breastfeed, walaupun dah sua kat dia, adik baby just wanted to be hold. Memang comel lah :') Then hubby azan dan iqamatkan. Muhammad masa ni masih main dalam bilik, pukul 1 pagi bangun then main. Haha
Tak lama lepas tu, tiba- tiba ada rasa surge, macam rasa nak bersalin lagi. Oh God!
Terus hand over adik baby to hubby, I need to focus to breath out the placenta. With one breath, placenta meluncur keluar macam air.
Wah masa ni toilet dah penuh darah! Ada hikmah tak bersalin dalam bilik, kang jenuh nak bersihkan bilik. Huhu. Memang teruja!! Terus amek gambar, then whatsapp kat whatsapp Comel. (My family's whatsapp ;) )
Kitorang basuh sikit2 je baby. Oh dan masa keluar perut tu ada sekali poo warna hitam. First time ni tgk poo warna hitam. Haha. Masa Muhammad dulu nampak hijau dah. Poo ni pun susah nak dibasuh, melekit. Adik baby keluar je perut, terus dia terpoo. Tapi x busuk pun.
Baby malam tu tidur with vernix lah kira. No need to worry sebab ia akan menyerap ke dalam badan adik baby, dan bagus untuk baby. Dalam masa 24 hours kalau xsalah, 80% vernix dah takda. Bau rambut adik baby sangat lah wangi, suka nak cium :D
Yg nampak putih kat armpit tu, tu vernix lah tu. Nampak macam adik baby baru lepas mandi kan, sebenarnya tak pun, ni semua vernix punya kerja
Placenta pulak kitorang potong the next day. Tak amek lak gambar. Then tanam kat Masjid. Takda apa pun proses potong placenta. Once the placenta stop pulsating, placenta tu semacam xda connection dgn baby. Masa kitorg potong tu, adik baby relax je, x menjerit pun, senyap je. Darah pun x da sangat, ada setitik dua je, sikit, lap pakai wiper dah kering. Lagipun sebab tali pusat dah henti berdenyut kan, bila dah henti berdenyut maksudnya semua darah dari placenta dah selesai flow kpd Adik baby.
Malam tu and the next day, adik baby tido je keje. Eh the first month memang asyik tido. Haha. Ni nak masuk second month baru kerap main sikit.
All I can say, bersalin kat rumah memang best. You get what you want. Freedom, dan rasa, she is mine :') Kalau kat hospital., saya nak belek baby sendiri pun risau-risau, tanya nurse blh tak. Tapi kat rumah, ikut suka nak buat apa.
Eh tapi, untuk homebirth, kita bukan buat main buat je. Memang kena belajar. It's your choice, dont let other people influence you. Manusia ni memang takkan pernah berhenti belajar ;) Dan adalah manis bila apa yang kita belajar tu membuka mata kepada hebatnya kuasa Allah...... 
Adik baby sangat mudah dijaga. Adalah kadang-kadang cranky. Pastu aci tak rasa nak pregnant lagik cecepat :P Hihi. All the best kpd ibu2 yang looking forward to give birth!! :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads