ads

Ahad, 26 Mei 2013

13 di chukai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


teganuku: Ahmad Nizam Mahu Jadikan <b>Cukai</b> Bandar Maju <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 04 May 2013 11:12 AM PDT

Menyedari bandar Chukai sudah kekurangan tempat untuk penduduk tempatan berniaga, menjadi agenda calon Barisan Nasional (BN) N31 Dun Chukai, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abd Hamid untuk membina lebih banyak ruang niaga jika diberi mandat oleh rakyat.

Beliau yang juga bekas Adun Air Putih berkata, usaha itu seiring dengan visi utama beliau untuk membangunkan Chukai dan Kemaman sebagai bandar paling maju di Terengganu pada masa akan datang.


Apa yang berlegar di minda beliau adalah untuk menjadikan Chukai sebagai sebuah bandar perindustrian dan pelancongan tambahan lagi kedudukan geografi Chukai yang bersempadanan dengan Kuantan, Pahang menjadikan bandar itu sebagai pintu masuk utama ke Terengganu dari Pahang dan Pantai Barat.

"Saya berhasrat jadikan Chukai sebagai bandar diminati oleh pengunjung dan pelancong untuk dilawati.

Chukai berada dalam daerah Kemaman yang terkenal sebagai kawasan cari gali minyak dan gas di samping terdapat dua pelabuhan.

"Jadi kesemua keistimewaan yang terdapat di daerah ini boleh dijadikan daya penarik kepada masyarakat luar, di samping kita berterusan mengekalkan dan mempromosikan makanan tradisi (satar, otak-otak dan keropok lekor) yang sudah sinonim dengan Kemaman," kata Wan Ahmad Nizam.

Sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), hasrat itu turut disuarakan kepada rakyat kerana pembangunan dan kemajuan pesat yang dicita-citakan itu akan dirasai rakyat setempat kelak.

Dalam tempoh kempen yang hanya berbaki sehari, serata ceruk kampung dan bandar di Dun Chukai dijelajahi beliau.

Sinar Harian

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved