ads

Selasa, 7 Mei 2013

13 di bukit besi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Benarkan Calon PAS Bertanding <b>di Bukit Besi</b>, Bandar dan <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2013 01:36 AM PDT

Wartawan Buletin http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/wakil%20tiga%20dun.jpgKUALA TERENGGANU - Tiga pemimpin mewakili ahli dan penyokong PAS dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menyuarakan hasrat, mendesak supaya pemimpin PAS negeri Terengganu dan pemimpin PAS Pusat membenarkan calon-calon PAS bertanding di kawasan terbabit.

Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Besi Naraza Muda, Pengerusi MTD Bandar Ustaz Ahmad Shah Muhammad dan Bendahari MTD Seberang Takir menegaskan, ahli-ahli dan penyokong PAS menolak calon-calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bersifat 'bidan terjun' kerana tiada gerak kerja dan hubungan dengan jentera PAS.

"Kami yang mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Dun Bukit Besi, Dun Seberang Takir dan Dun Bandar dengan ini mendesak supaya PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu membenarkan calon-calon dari PAS bertanding di kerusi-kerusi N.23 Bukit Besi, N.11 Seberang Takir dan N.14 Bandar.

"Kami menolak calon-calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bersifat 'bidan terjun' kerana tiada gerak kerja dan hubungan dengan jentera PAS yang telah bertapak lama di Dun-Dun tersebut,"ujar ereka dalam satu sidang media yangg diadakan di pejabat PAS, di Jalan Sultan Omar dekat sini, semalam, Selasa 17 April.

[Gambar dari kanan; Ustaz Ahmad Shah, Naraza Muda dan Nordin Mahmud] [Lihat Video]

Namun begitu, mereka menolak ia adalah suatu tindakan yang bersifat menentang keputusan yang telah diambil, memandangkan belum ada keputusan rasmi pengumuman rasmi dari kepimpinan PAS berkenaan kedudukan DUN-DUN terbabit.

Mereka juga menolak tanggapan, desakan mereka itu akan menimbulkan 'pergeseran' dengan PKR, kerana menurut mereka, sebagai ahli PAS yang menjadi salah satu parti dalam Pakatan Rakyat, mereka berhak memberikan pandangan untuk dinilai oleh pimpinan.

"Ini hak kami sebagai pengundi........di DUN masing-masing itu kita boleh (suarakan), semangat demokrasi dalam PAS membenarkan kita ahli-ahli melontarkan sebarang pendapat, tidak timbul soal bercanggah (dalam Pakatan Rakyat),

"kalau kami engkar selepas keputusan rasmi pengumuman calon dibuat, itu (baru boleh dikatakan sebagai) kami engkar dan kami membuat keputusan yang becanggah,"jelas Naraza.

Beliau berkata, tidak ada niat untuk menimbulkan perbalahan dengan PKR, tetapi pemimpin perlu menerima realiti yang berlaku setempat dan berharap pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat menerima desakan tersebut.

Sementara itu, Nordin Mahmud yang mewakili DUN Seberang Takir berkata, hakikat sebenarnya tidak ada satu pun ranting PKR dalam DUN tersebut.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved