Khamis, 30 Mei 2013

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Nostalgia Sekolah Melayu <b>Bukit Besi</b> | <b>Bukit Besi</b> Blog

Posted: 27 Apr 2013 08:05 AM PDT

Salam satu Malaysia. Sekolah Melayu Bukit Besi dibina semasa aktiviti perlombongan bijih besi dijalankan di Bukit Besi. Kebanyakkan pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada anak-anak pekerja lombong bijih besi serta penduduk-penduduk di sekitar Bukit Besi.

Sekolah Melayu Bukit Besi

Sekolah ini di kenali sebagai Sekolah Melayu Bukit Besi sejak ditubuhkan pada tahun 1952. Bermula dengan hanya bangunan kayu satu tingkat dan telah berubah hingga kini mengikut peredaran masa. Pada tahun 1963 sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Bukit Besi hingga ke hari ini. Terlalu banyak nostalgia dan memori yang ditinggalkan di sekolah ini dan ada di antaranya orang-orang terkenal yang mendapat didikan di sekolah ini. Sila lihat gambar-gambar lama yang meninggalkan seribu satu nostalgia di sekolah ini.







Sekolah Kebangsaan Bukit Besi

Di bawah ini adalah gambar-gambar Sekolah Kebangsaan Bukit Besi di sekitar tahun 1970 dan 1980. Sekolah ini diperbaharui mengikut peredaran masa dan pembangunan di Bukit Besi.

Berdiri dari kanan (kalau tak silap): Cikgu Mat Bakar, Ustaz Maliki, Pok Mat tukang kebun, No 5 dari kanan Cikgu Halim. Duduk dari kanan: Cikgu Alias, Wan Muda dan No 7 dari kanan Cikgu Fauzi. Manakala Guru yang lain saya tak pasti. Ada sesiapa yang mengenali mereka?

Sumber gambar daripada blog Sekolah Kebangsaan Bukit Besi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads