ads

Khamis, 23 Mei 2013

13 di batu rakit - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


Pelajar <b>di</b> DUN <b>Batu Rakit</b> terima Bantuan Persekolahan <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 08:26 PM PST

Sebanyak RM2,773 Bantuan Pakaian Sekolah diagihkan kepada 2,773 pelajar sekolah rendah dan menengah terpilih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit.

Kerajaan negeri menetapkan setiap keluarga mendapat bantuan RM100 bagi setiap pelajar atau maksimum hanya untuk dua orang atau RM200 sekeluarga.

Seramai 1,697 keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500 di DUN itu layak menerima sumbangan, membabitkan 1,524 pelajar sekolah menengah dan 1,249 pelajar sekolah rendah.

Pengagihan secara berperingkat-peringkat melibatkan tiga kawasan iaitu zon pantai, dan zon darat diagihkan berakhir minggu lalu, manakala zon pulau dijangka menerima sumbangan dalam tempoh terdekat atau bergantung kepada keadaan cuaca.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, YB Ustaz Haji Khazan Che Mat, berkata pengagihan sumbangan itu membuktikan kerajaan negeri sentiasa prihatin dan mengambil cakna tentang kebajikan rakyat.

"Walaupun pengagihan bantuan sama bakal diagihkan kerajaan Pusat, Terengganu tetap menghulurkan bantuan semata-mata tidak mahu melihat rakyat susah dan tiada lagi pelajar memakai pakaian lusuh, kasut dan beg koyak.

"Ibu bapa disaran bersama-sama kerajaan negeri mengambil cakna tentang pelajaran anak-anak masing-masing.

"Melalui pelajaran saja, keadaan kehidupan kita boleh berubah daripada miskin kepada lebih selesa dan sempurna," katanya

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved