Selasa, 2 April 2013

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


SMK <b>Seberang Takir</b> Cipta Hatrik | Terengganu Today

Posted: 26 Mar 2013 08:37 PM PDT

KONTINJEN olahraga SMK Seberang Takir mencatat kejayaan hatrik pada Kejohanan Padang dan Balapan MSSDKTU baru-baru ini.

KONTINJEN olahraga SMK Seberang Takir mencatat kejayaan hatrik pada Kejohanan Padang dan Balapan MSSDKTU baru-baru ini.

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Takir mencipta hatrik pada Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Terengganu Utara (MSSDKTU) selepas mengutip 21 pingat emas dan empat perak daripada 68 acara yang dipertandingkan pada kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Lebih manis, kejayaan tersebut turut mengangkat dua atlet sekolah berkenaan, Muhammad Khawarizmi Ramlan Ross sebagai Olahragawan MSSDKTU dan Nur Hafi- whaini Masdaku sebagai Olahragawati kejohanan kali ke-44 itu.

Pada kejohanan itu juga, atlet SMK Kompleks Seberang Takir turut berjaya memperbaharui empat rekod kejohanan yang mana dua daripadanya menerusi Nur Hafizuhani dalam acara 100 meter (13.16 saat) dan 200 meter (27.56s).

Muhammad Khawarizmi pula bagi acara 1,500 meter (4:44.88s) dan kuartet 4×100 meter perempuan bawah 18 tahun dengan catatan masa 56.66s.

Naib juara menjadi milik SMK Ibrahim Fikri yang meraih 18 emas, 15 perak dan empat gangsa, sekali gus mengetepikan SM Teknik Kuala Terengganu di tempat ketiga dengan enam emas, empat perak dan tiga gangsa.

Bagi kategori sekolah rendah pula, juara menjadi milik Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Ketapang yang meraih tiga pingat emas, dua perak dan dua gangsa menerusi 26 acara yang mereka sertai.

Naib juara menjadi milik SK Kompleks Gong Badak dengan dua emas dan satu perak, mengatasi cabaran SK Tok Jiring yang meraih dua emas dan tiga gangsa di tempat ketiga.

Sementara itu, Pengetua SMK Kompleks Seberang Takir, Shamsudin Ismail melahirkan perasaan bangga atas kejayaan yang dicapai skuad olahraga sekolah tersebut.

Menurutnya, kejayaan buat kali ketiga berturut-turut itu merupakan suatu pencapaian terbesar bagi semua warga SMK Kompleks Seberang Takir, terutamanya dalam bidang sukan.

Jurulatih SMK Kompleks Kompleks Seberang Takir, Zuriman Abdul Rahman mengakui, bukan mudah untuk mengekalkan kejuaraan kerana saingan pada kali ini sangat sengit.

Namun katanya, dengan semangat dan disiplin yang tinggi ditunjukkan oleh kesemua pelajar, usaha mereka telah membuahkan hasil yang cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads