Khamis, 11 April 2013

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Hadi Awang bertanding <b>di Marang</b>, Husam Musa di Putrajaya <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2013 04:39 AM PDT


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang disahkan kekal bertanding di parlimen Marang manakala naib presiden Datuk Husam Musa bakal mencuba nasib di parlimen Putrajaya.
Sementara itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan bertanding di kerusi Pendang, Datuk Mahfuz Omar di Pokok Sena dan Salahuddin Ayub disahkan untuk bertanding di Pulai.
Perkara itu diumumkan kepimpinan PAS dalam sidang media sebentar tadi.
Antara senarai lain yang turut disahkan termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari (Larut), arkitek terkenal, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (Kuala Terengganu), penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin (Jempol).
Hadi walau bagaimanapun berkata masih tidak menetapkan sama ada akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Saya sendiri tidak boleh umumkan, biar negeri yang umumkan," katanya kepada pemberita.
Hadi dalam pada itu berkata PAS masih berpegang dengan pendiriannya untuk bertanding 76 kerusi parlimen seluruh negara.
"Hari ini kita sudah putus semuanya, inshaallah kita akan bertanding 76 kerusi Parlimen," katanya sambil memaklumkan bahawa pertindihan 10 kerusi sudah selesai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads