Selasa, 9 April 2013

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


[LUMBA BASIKAL] LTdL 2013 PERINGKAT 9 (PASIR PUTEH <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2013 04:15 AM PST

stage-9-ltdl-2013Kehangatan saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 kian sampai ke kemuncaknya yang bakal memulakan kayuhan peringkat ke-9 dari Agro Bank, Pasir Puteh, Kelantan menuju ke 7 Eleven, Kuala Berang, Terengganu. Pelumba-pelumba bakal mengharungi jarak kayuhan sejauh 123.6km dengan tiga zon pecutan di Jerteh (13.1km), Bandar Permaisuri (31.8km) dan Sg. Tong (77.4km) serta satu zon pendakian di Sg. Tong (81.3km).

Saingan hari ini bakal bermula di Pasir Puteh, yang merupakan bandar pentadbiran bagi jajahan kelima terbesar di Kelantan, Pasir Puteh. Bandar ini terletak di tebing Sungai Semerak, kira-kira 30 kilometer di selatan Kota Bharu. Sebelum dikenali sebagai Pasir Puteh, tempat ini terkenal sebagai Pangkalan Limbungan. Bandar Pasir Puteh mendapat namanya setelah Sultan Muhammad IV melawat tempat berkenaan pada 1911 di mana baginda begitu kagum dengan keputihan dan kilauan pasir sepanjang pantainya.

pasir-puteh-kelantanPasir Puteh juga terkenal seorang tokoh pejuang kemerdekaan Tanah Melayu iaitu Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas yang juga dikenali sebagai Tok Janggut disebabkan janggutya yang panjang dan berwarna putih. Tok Janggut merupakan seorang petani yang mengetuai pemberontakan tani menentang pemerintahan British pada 1909. Meskipun Tok Janggut terbunuh dalam pertempuran menentang British namun semangat perjuangan kekal bersemadi di dalam jiwa perjuangan rakyat Kelantan.

Destinasi penamat bakal berakhir di Kuala Berang, bandar terbesar di Hulu Terengganu. Bandar yang terletak di pertemuan Sungai Terengganu dan Sungai Berang merupakan pintu masuk ke Tasik Kenyir. Kuala Berang pula dipercayai merupakan penempatan terawal di Terengganu selain terkenal dengan Batu Bersurat yang dijumpai di Kampung Buloh, Hulu Terengganu. Penemuan ini menjadi bukti kedatangan Islam ke Tanah Melayu berdasarkan catatan sejarah yang tertulis pada 1303M (702H).

kuala-berang-terengganuKuala Berang juga terkenal sebagai pelabuhan utama abad ke-12 yang disebut Fo-lo-an merujuk kepada Kuala Berang oleh Cau-Cu-fei dalam karanganya Ling-Wai Tai-Ta pada 1178. Bandar pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang di segenap pelosok alam Melayu, China dan Timur Tengah yang menjadi jajahan takluk kepada kerajaan Sriwijaya. Selain itu, kawasan ini juga pernah menjadi tumpuan pahlawan-pahlawan Melayu seperti Tok, Gajah, Dato' Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau dan ramai lagi.

Kuala Berang suatu ketika dahulu pernah menjadi pusat pentadbiran kerajaan Terengganu sebelum berpindah ke Kuala Terengganu. Di samping terkenal dengan tinggalan sejarah, Kuala Berang juga terkenal dengan warisan alam semulajadi seperti Tasik Kenyir, Air Terjun Sekayu, Taman Pertanian Sekayu, Taman Rekreasi Kuala Berang dan banyak lagi. Kini, Kuala Berang muncul selaku sebagai bandar utama dan penting kepada pertumbuhan ekonomi di Terengganu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • le tourde langkawi pasir putih ke kuala berang
  • jarak jerteh ke pasir putih dalam km
  • stage 9 pasir puteh - kuala berang | 01 march 2013
  • pertemuan sungai di kuala berang
  • pasir puteh kelantan ke kuala terengganu
  • ltdl pasir putih ke kuala berang
  • ltdl di pasir puteh kelantan
  • ltdl di pasir puteh
  • ltdl 2013 jerteh
  • letour de langkawi di pasir puteh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads