Sabtu, 20 April 2013

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: MB hadapi satu lawan satu dengan Pas <b>di Kijal</b>

Posted: 20 Apr 2013 12:34 AM PDT

Oleh: Kamarudin Mat Akib Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, akan menghadapi tentangan satu lawan satu dengan Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu menyerahkan borang pencalonan bagi kerusi DUN berkenaan di Dewan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), pada jam 9.03 pagi manakala calon Pas, Hazri Jusoh berbuat demikian jam 9.15 pagi.

Kerusi DUN Kemasik pula menyaksikan calon BN, Ir Rosli Othman yang merupakan penyandang menghadapi tentangan tiga penjuru melibatkan calon Pas (Che Alias Abdul Hamid) dan Bebas (Zulkiflee Salleh).

Calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (dari kiri) Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, Datuk Wan Mohd Nizam Wan Abdul Hamid, Rosli Othman, Datuk Seri Ahmad Shabey Cheek, Datuk Seri Ahmad Said, Kamarudin Chik, Hazri Jusoh, Che Alias Hamid, Hanafiah Mat, Razak Ibrahim dan Zulkiflee Salleh bergambar selepas proses penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Kemaman di sini, pagi ini.


Bagi kerusi DUN Cukai, Setiausaha Politik Menteri Besar, Dato' Wan Ahmad Nizam Abdul Hamid yang merupakan calon BN akan ditentang oleh Hanafiah Mat (Pas) manakala DUN Air Putih, penyandang yang juga calon BN, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar akan ditentang oleh Abdul Razak Ibrahim (Pas).

Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek yang juga calon BN dan penyandang kerusi Parlimen Kemaman akan ditentang oleh calon Pas, Kamarudin Chik.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kemaman, Haji Mohd Kamil Othman, mengumumkan kesemua nama calon yang akan bertanding pada PRU13 bagi parlimen berkenaan jam 9.20 pagi.

Terdahulu, Menteri Besar yang berbaju Melayu biru mengetuai perararakan lebih 5,000 penyokong BN dari pejabat Umno Bahagian Kemaman ke pejabat MPK, seawal jam 8.30 pagi.


Isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Norliza Mahmud dan bekas Adun Cukai, Dato' Mohamed Awang Tera dan pemimpin Umno serta parti komponen BN turut menyertai perarakan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads