ads

Khamis, 4 April 2013

13 di jerteh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


Guru wanita dan nenek disamun tiga lelaki <b>di Jerteh</b> – Bernama <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2013 02:28 AM PST

Guru wanita dan nenek disamun tiga lelaki di Jerteh

BESUT – Tiga lelaki, seorang daripadanya bersenjatakan pisau rambo melarikan wang tunai dan barangan kemas daripada seorang guru wanita dan neneknya di sebuah kedai barangan elektrik di Jerteh, di sini semalam.

Ketika kejadian pada pukul 6.20 petang itu, dua wanita berkenaan berada di kedai milik keluarga mereka apabila tiga lelaki memasuki kedai itu dan berpura-pura ingin membeli barangan elektrik.

Seorang daripada lelaki itu mengeluarkan pisau rambo dan meletakkan di leher guru wanita berkenaan dan mengarahkannya menyerahkan wang dan barangan kemas, kata sumber polis.

Beliau berkata, wanita itu menyerahkan wang hasil jualan sebanyak RM1,000 dan lelaki yang tidak berpuas hati dengan jumlah itu meragut rantai leher dan gelang tangan emas yang dipakai guru wanita itu serta sebentuk cincin emas daripada nenek wanita itu.

"Ketiga-tiga suspek melarikan diri dengan kereta Proton Iswara Aeroback tanpa nombor pendaftaran ke arah Kuala Terengganu. Mangsa dilapor mengalami kerugian kira-kira RM5,000," katanya.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria mengesahkan polis menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata siasatan sedang dijalankan.- Bernama

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved