23 Feb 13 : Majlis Makan Beradat Wisma Perwira Pangkalan Udara <b>...</b> Posted: 23 Feb 2013 07:59 AM PST GONG KEDAK, 23 Feb 13 – Wisma Perwira Pangkalan Udara Gong Kedak telah mengadakan Majlis Makan Beradat bagi pegawai-pegawai bertempat di Wisma Perwira, Pangkalan Udara Gong Kedak. Ketibaan Yang Di Pertua Wisma, YBhg Lt Kol Ahmad Tuah bin Hj Azid TUDM dan Komander Pangkalan, YBhg Kol Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM beserta rombongan telah diiringi dengan alunan Bag Pipe. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Sentiasa Di Angkasa Raya, ucap selamat kepada Yang Di Pertuan Agong dan lagu Negaraku. Hadirin telah dihidangkan dengan menu pembuka selera, mushroom soup, hidangan utama dan pencuci mulut serta diiringi dengan alunan muzik. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Di Pertua Wisma, Lt Kol Ahmad Tuah bin Hj Azid TUDM dan YBhg Komander Pangkalan Kol Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM. Majlis tamat kira-kira pada jam 12.30 malam. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan