Khamis, 18 April 2013

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


UiTM <b>BUKIT BESI</b> AKAN DIBUKA JUN INI | Disket Hitam

Posted: 25 Mar 2013 12:00 AM PDT

Pengambilan pertama pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bukit Besi yang dibina dengan peruntukan RM93 juta akan dimulakan Jun ini, kata Penolong Naib Canselor UiTM Prof Dr Suhaimi Abdul Talib.

Beliau berkata buat permulaan kampus UiTM ke-36 itu akan menempatkan 600 pelajar dengan memberi tumpuan kepada program sains dan teknologi selain kejuruteraan makanikal dan kimia.

"Kampus di Bukit Besi itu apabila siap keseluruhannya akan menempatkan seramai 3,000 pelajar, namun  ketika ini kita hanya mampu menempatkan antara 500 dan 600 pelajar kerana ketiadaan kemudahan tempat tinggal yang lebih selesa,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan UiTM Kampus Bukit Besi oleh Jabatan Kerja Raya di kampus itu di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Pengarah JKR Terengganu Shafii Mohamad.

Suhaimi berkata fasa pertama kampus UiTM Bukit Besi yang mula dibina pada 2009 itu merangkumi asrama, medan selera melibatkan peruntukan  RM20 juta; fasa kedua pembinaan perpustakaan, bangunan pentadbiran dan infrastruktur melibatkan peruntukan RM45 juta; dan fasa ketiga bagi  menyediakan blok akademik, dewan kuliah dan makmal melibatkan peruntukan RM28 juta.

Katanya kerajaan Terengganu menyediakan tapak untuk UiTM kampus Bukit Besi seluas 400 hektar dan daripada jumlah itu sebanyak 60 hektar telah dibangunkan.

"Kita telah memohon daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk projek fasa kedua bagi membina asrama untuk menampung 3,000 pelajar yang  dijangka siap pada 2016 nanti," katanya.

Suhaimi berkata dengan pembukaan kampus baharu itu, UiTM kini mempunyai kira-kira 170,000 pelajar di 36 kampus UiTM di seluruh negara.

Katanya beberapa kampus baharu UiTM sedang dalam pembinaan bagi mencapai sasaran 200,000 pelajar antaranya Kampus Dengkil, Selangor,  yang mampu menampung 5,000 pelajar, Rembau (Negeri Sembilan), Raub (Pahang) dan Balik Pulau (Pulau Pinang) yang masing-masing mampu  menempatkan 3,000 pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads