Selasa, 19 Mac 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Azie Kitchen: Makan Makan Makan <b>di Kuala Terengganu</b> Part 2

Posted: 12 Feb 2013 01:06 AM PST







Kenapa KT menjadi pilihan percutian? Hmmm pertama kerana saya teringin sangat hendak makan keropok lekor. Berbulan bulan mencari di sana sini orang yang ke KT untuk dikirim keropok lekor, masih belum ditemui. Jadi jalan akhirnya ialah datang sendiri. Kedua, Terengganu adalah  negeri yang paling kurang saya kunjungi kecuali mempunyai urusan dan tugas rasmi. Jadi saya memilih untuk ke sini walaupun anak anak juga menanya soalan yang sama iaitu kenapa KT. Haaa itulah citer nya. 


Hari kedua, saya pagi pagi lagi mengejutkan hubby untuk keluar mencari nasi dagang Bukit Besar yang sedap dan terkenal. Lepas pusing beberapa kali, akhirnya berjaya menemui tempatnya. Hanya tempatnya kerana hari tu gerai seolah ditutup. Akhirnya saya ke gerai nasi dagang di kawasan Cendering. Tempat yang selalu saya kunjungi walaupun setiap kali ke sana saya memberi komen yang ianya tak sedap. Seperti biasa, kali ini pun saya tercari cari jawapan kenapa terlalu ramai sanggup beratur, adakah kerana ianya memang sedap pada selera orang KT atau kerana melihat orang yang ramai. Maaf, saya mungkin silap. Tapi saya tak mahu lagi mengunjungi kedai ini di masa depan. Cukup cukup sudah, cukup di sini sahaja. Nasinya lembik dan tidak seperti nasi dagang yang biasa saya makan. Lauknya juga tak sedap dan tak berasa rempahnya serta terlalu kecil saiznya yang dicubit jer. Apakah orang di sini banyak makan nasi sehingga ikan begitu sedikit? Entahlah. Rasanya ikan tongkol bukan ikan yang dalam kategori ikan mahal tapi kenapa lah begitu sedikitnya. Saya memang jenis makan nasi dengan lauk yang banyak. Ini hanya pendapat peribadi saya yang memang cerewet bab makan sehingga sanggup datang semata mata kerana mencari nasi dagang.


Keluar dari kedai tersebut dengan hati yang sangat tak berpuashati, saya mengajak hubby mencari keropok lekor di Tok Bing. Semasa dalam perjalanan ke sana, sahabat kami  Dato Wan Nazari bertanya lokasi kami. Seperti biasa Dato Wan akan datang menemui kami di mana sahaja kami berada jika kami berada di KT. Begitulah istimewa sekali layanan Dato Wan kepada sahabat sahabat yang mengunjungi Terengganu.






Dato Wan datang menemui kami di kedai keropok lekor. Wah hebat, siap kena mengambil nombor giliran gitu. Baguslah adil namanya, yang dulu didahulukan tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Haa selepas bersembang, kami mengambil keropok lekor dan terus balik. Aduhaai rezeki sebab Dato Wan memang pemurah. Dia membayar semua keropok lekor kesukaan saya yang dibeli untuk dibawa balik.


Sebelum balik ke hotel, kami ke Pasar Payang konon untuk mencari satar. Selepas diberitahu kawasan Jalan Marang, kami terus ke sana untuk mencari Satar Ikan untuk Nana. Singgah di dua kedai, saya membeli banyak satar. Terus balik ke hotel, selepas tidur seketika sementara menunggu solat zohor. Selepas itu kami ke  Noor Arfa batik, tetapi saya tidak membeli apa apa kerana merasakan ianya overpriced dek namanya yang memang sinonim dengan batik. Dari situ, kami ke Kompleks Warisan berhadapan Pasar Payang. Selepas meninjau beberapa kedai kami membuat keputusan  untuk beredar, kerana saya memang tak tahan panas. Lagi pulak, saya tidak berkenan dengan design yang ada.
Dari sana, kami sekali lagi ke Warong Norazila kerana banyak kedai lain masih belum berniaga sedangkan anak anak sudah lapar. Tetapi di Warong Norazila pun, masih banyak gerai yang belum memulakan perniagaan. Hajat hati nak makan ikan bakar di situ, terpaksa dilupakan. Jadi orderlah juga nasi dagang dan nasi minyak yang saya rasa tidak sedap itu. Saya tidak makan apa apa, hanya melihat anak anak makan sahaja. Sebelum balik, singgah di gerai yang dikatakan Dato Wan berhampiran Hotel Permai. Hmm memang sedap keropok lekornya yang besar dan memang terasa keropoknya banyak ikan. Keropok yang sudah digoreng juga tidak mengecut seperti kebanyakan keropok lekor zaman sekarang. Zaman saya di sekolah rendah dulu, keropok lekor yang dibeli dari rakan sekelas Muhaini Ibrahim memang banyak ikan dan cantik bulat serta tidak mengecut. Balik ke bilik, masing masing lepak sebelum tidur.
Bangun dari tidur dan selepas bersolat maghrib, kami keluar lagi. Kali ini mencari makan di kawasan pasaraya Giant pula di mana terdapat Restoran Matahari yang terdapat steamboat dan lain lain masakan laut. Pelbagai makanan laut dihidangkan untuk steamboat yang berperisa tomyam dan juga sup biasa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads