Khamis, 14 Mac 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


PANAS!!! BENDERA PAS KOYAK <b>DI KUALA TERENGGANU</b>???

Posted: 26 Feb 2013 09:00 PM PST

Salam buat semua...

Parlimen Kuala Terengganu biasa menjadi perhatian pemerhati politik setiap kali datangnya pilihanraya. Dikatakan kawasan ini sering bertukar tangan sejak beberapa pilihanraya sebelum ini.

Kali terakhir ialah apabila pilihanraya kecil P036 diadakan pada Mac 2009 setelah penyandangnya Dato Razali Ismail dari Parti Barisan Nasional meninggal dunia.

 

Pilihanraya Kecil itu dimenangi pula oleh PAS melalui wakilnya Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi.

Semasa menerima keputusan itu, ada pengundi begitu bergembira. Mereka solah-olah berpuashati kerana dapat menjatuhkan Barisan Nasional disini. Mereka bertakbir, pasukan bermotor dengan berbaju hijau meraikannya  mengelilingi bandar Kuala Terengganu. Tidak kurang yang sengaja melakukan provokasi, melalui jalan dihadapan rumah calon Barisan Nasional Dato' Wan Ahmad Farid dengan deruman kuat bunyi motosikal masing-masing.

Namun kegembiraan itu rupanya hanya sementara. Selepas 6 bulan, pengundi mula sedar mereka tersilap memilih parti. Ada diantara mereka yang ditemui menyatakan kekesalan kerana memilih PAS. Bagi mereka ternyata PAS tidak mampu memberi apa-apa bantuan kepada rakyat yang memilih parti itu.

Memang betul dari pengamatan penulis, wakil rakyat Kuala Terengganu yang juga ADUN Wakaf Mempelam, langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai YB. Malah dikatakan tidak turun menjenguk rakyat.

Pernah berlaku kejadian kebakaran di Kg Wakaf Mempelam, Wakil Rakyat ini langsung tidak datang bertanya khabar. Begitu juga jika ada kematian beliau langsung tak nampak batang hidung.

Sebenarnya keadaan ini bukan saja berlaku di Wakaf Mempelam tetapi juga berlaku di 2 DUN lagi yang dimenangi PAS iaitu Batu Buruk dan Ladang.

Kini pilihanraya datang lagi, barulah mereka yang bergelar wakil rakyat dari PAS muncul entah dari gua mana, menunjukkan diri. Mereka mula memberi senyum kepada rakyat. Wahid endut dilihat berada di suatu tempat untuk berbincang tentang Pangsapuri Ladang Gemilang. Dia juga dilihat hadir berceramah di Kg Wakaf Mempelam.


Namun rakyat sudah muak melihat perilaku mereka yang hanya berlakon sempurna ketika musim pilihanraya. Rakyat tak ingin ditipu lagi. Buktinya kini berkibaran bendera Barisan Nasional diseluruh Kuala Terengganu. Mengalahkan bendera PAS. Anak muda telah mula keluar dengan bersemangat memasang bendera Barisan. Ada dikalangan mereka pada tahun 2009 membantu PAS memasang bendera bulan tapi kali ini mereka bersama Barisan Nasional.

Begitu juga program-program Salam Sayang anjuran wanita, ramai muslimah PAS (Boleh dikatakan bekas muslimah) hadir disetiap program di seluruh parlimen ini.
Angin yakin sepenuh hati dengan komitment pemimpin Barisan Nasional selama bertahun membantu rakyat tanpa jemu, rakyat akan membalas jasa mereka dengan mengundi Barisan Nasional pada pilihanraya kali ini.    

Apalagi bila Angin terbaca komen penulis di dalam Sinar Harian yang mengatakan bahawa gelombang biru melanda dun ladang iaitu salah satu dun dalam parlimen Kuala Terengganu. Bagi Angin bukan sahaja Ladang tetapi seluruh PARLIMEN KUALA TERENGGANU AKAN DIMENANGI BARISAN NASIONAL dalam PRU13 nanti. 

Insyaallah...  

Tertunailah Hasrat Di Hati: Tempat Menarik <b>Di Kuala Terengganu</b>

Posted: 12 Feb 2013 02:27 AM PST

Assalammualaikum semua

Cuti panjang Tahun Baru China ramai yang mengambil kesempatan jalan-jalan bersama keluarga tersayang dan kenalah bersedia menghadapi kesesakan jalanraya di sepanjang jalan keluar dari Kuala Lumpur tak kiralah ke utara, selatan, timur dan barat.

Nasib baik akak dah jejalan ke Pantai Timur minggu lepas, perjalanan lancar..kami tak menghadapi sebarang masalah nak ke mana-mana. 


Selepas maghrib kami ke Pantai Batu Burok salah satu pantai yang popular dan terletak 1 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.

Oleh kerana kami pergi di waktu malam, tak dapatlah kami melihat keindahan pantai ini tetapi kami melihat ajer gelagat para pengunjung di situ.  Terdapat juga gerai-gerai yang menjual makanan, minuman dan pakaian.
 
Kemudian kami singgah pula di Masjid Tengku Tengah Zaharah berhampiran dengan Taman Rekreasi Kuala Ibai. Terletak di tepi jalan yang menjadi laluan utama hendak ke Kuantan.

 Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Lokasi masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Sebenarnya masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.

Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.

Keluasan masjid ini ialah berjumlah 1,372 meter persegi dan menaranya setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.

Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan.

Sumber : google 

Kemudian kami ke Kuala Terengganu Waterfront yang terletak di sepanjang Jalan Hiliran di Pulau Kambing, Kuala Terengganu Waterfront atau lebih dikenali dengan nama KT Waterfront adalah sebuah taman awam yang dibina di tebingan Sungai Terengganu
 

Kami juga jejalan di Pulau Warisan yang mempunyai lampu-lampu yang cantik seperti di ICT Shah Alam. 

Banyak lampu-lampu cantik menghiasi sepanjang sungai dan terdapat juga aktivti ATV di sini.  Kebanyakan orang datang sini ialah untuk mengambil angin malam dan menikmati pemandangan  di waktu malam bertemankan cahaya lampu yang menarik.


Kemudian kami ke Chinatown (Kampung China)..tak turun pun sebab dah malam..insyallah jika pergi lagi ke sini..akak nak jejalan ke sini pula.

Marilah melawat Terenggau sempena Tahun Melawat Terengganu 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads